Wednesday, December 22, 2010

Bubur As-Syura

10 Muharram adalah hari As-syura. Kebiasaannya sempena menyambut hari tersebut, bubur As-Syura dibuat. Bubur As-syura ada banyak jenis, kebiasaannya mengikut negeri. Kat sini aku nak share bubur dari Terengganu, Kuala Terengganu ok. Kalau Besut, Trg rasa dia lain skit. Apa lagi kalau dari negeri lain, bertambah la lainnya.


Bergotong-royong mengacau bubur as-syura


Yang laki2 tukang kacau


Da penat kacau, duk rehat jap. Tukar shift..


Yang pompuan2 plak buat sambal nyior untuk makan dengan bubur as-syura


Yeah~~ Kacau jangan tak kacau


Tadaa... Ni dia yang dah siap. Letak dalam dulang. Nanti boleh la hiris2 macam kek tu.heee~


Dalam bekas pun ada. Senang nak bahagi2 nanti.. Eh2, dalam tempurung pun ada. Klasik~


Haa..banyak kan diorang buat. Jangan tak tahu, ada 7 kawah semuanya. Nak ambil gambar dekat2 skit, tapi segan plak. Aku pergi sana sebelum siap. So, boleh la makan yang belum keras, yang lembik2 tu (yelaa, tak keras lembik la..isk2).. Sedap tau yang tu kalau nak banding dengan yang dah keras. Nyum2~ (Atceli aku takde la makan sangat.hihi...saje je over skit ;p)

Okeh, babai Sughe (loghat Trg). Jumpa lagi tahun depan. I'll miss you.. muahahha... tapi saya lagi lagi lagi lagi rindukan En tunang saya.ngee~~ Awak jangan jeles yer wahai bubur As-syura...ahaha.. ;D

Air sungai

Sambil mengintai di jendela dan melihat ke arah sungai di depan rumahku tiba-tiba adik bongsuku berkata:

"bile la nok kering air sungai ni ey.."

Oke! muahahahaha~~~



Update: ok, dia cakap camni atceli.silap lak... "bile la air sungai ni nak HABIS"
Agaknya dia pikir kalau cedok2 air sungai tu boleh habis kot..?

Sunday, December 19, 2010

Kenduri Aqiqah (7 Muharram 1423)


I got a new family member on 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1423. Bila dah lahir pada 1 Muharram ramai plak yang nak suh letak nama Muharram. Awal Muharram la, bukan Awak Ashaari ok! Aduss.... Sian mak dia, pening kepala..haha... And siap masuk paper sebab lahir 1 Muharram lah. Tapi paper Sinar Harian jelah..hehe...


Genap umurnya 7 hari, majlis aqiqah tuk baby baru diadakan. Majlis tu sekali dengan cukur jambul, belah mulut (tahnik) dan bagi nama. Last2, nama yang diberi ialah Muhammad Faiz (memang belum lahir mak dia dah berniat nak bagi nama ni). Mula2 tu nak tambah Muharram, tapi bila bertanya pada yang arif, katanya tak sesuai di gandingkan nama Faiz dan Muharram. Maknanya dah jadi tak best.

Comel amat masa cukur jambul and belah mulut tu. Tengok dia minum air zam zam and rasa kurma tu macam sedap sangat. Baik plak tu. Time acara tu, baby tak tidur and tak nangis pun...Ee,, geramnya..


Some gifts untuk tetamu..


Antara tetamu yang hadir



Peralatan2 yang digunakan


Belah mulut (suap air zam zam oleh Ku pondok Bkt Jong)


Belah mulut (Suap kurma oleh tokki baby)
Comel time ni, macam tak nak lepas jari tu dia hisap ;)


Cukur jambul oleh atuk saudara baby


Cukur rambut.. Tak nangis pun...


Haa...tengok ni. Orang tengah cukur rambut dia, dia seap lena je tidur.



Hari ni dah 13 hari umur baby Faiz. Tak sabar nak tunggu dia besar. Pok Di dia kata nak ajar mengurat. Isk3~ Apelah Pok Di ni. Ajar la mengaji ke... Ok, dah habis dah citer pasal baby Faiz... Bestnya dapat baby kan. lalalala~ ;)

Saturday, November 27, 2010

Menjaga tepi kain orang, kain sendiri yang carik


Baca dialog kat atas ni.. (hanya lakonan semata-mata..haha)

Keadaan camni selalu terjadi kan?

"Aku nak gtau samting kat ko ni...jangan gtau orang len eh..aku gtau ko sorang je ni"

"Eh aku dengar citer anak dia tu bla bla bla.....betul ke? Aku bukan pe, nak kompemkan cerita yang aku dengar tu betul ke idak je"

So what? Penting sangat ke sampai nak kompem2 citer tu betul ke tak... Ada kena mengena dengan kita ke??? Ada mengubah hidup kita ke???

Tensen betul la dengan orang yang suka ambil tahu hal orang ni.. Sampai kadang-kadang benda 'lam kain' , i means sulit pun sibuk nak tahu jugak??

"laki ko bagi duit bulan-bulan banyak mana?"

And kalo ada sesape yang ceritakan masalah dia kat kita, jangan la kita pi citer kat orang len plak.. Kan dah tak amanah tu..hm...

Janganlah kita sibuk bicarakan hal orang lain sampai terlupa untuk 'bicarakan' hal diri sendiri...

Pesanan tuk diri sendiri gak ni...... Marilah kita saling pesan memesan.. ^^

Saturday, November 20, 2010

Salam Aidiladha

Terlewat sudah..raya da lepas.hehe....


video penyembelihan lembu korban


selepas disembelih


ehem3... rajinnya wat keje...




bergotong-royong amalan mulia ;D


posing raya haji..ngade2..huahua

Wednesday, November 3, 2010

Budak-budak sekarang

Budak-budak sekarang sangat advance ok! Facebook, chatting oh itu semua perkara biasa...

Alkisahnya, sepupu kecik aku datang bermalam kat rumah aku. Biasanya aku tak bagi selain adik2 ku untuk 'bermain' laptop ni. Dan biasanya memang aku akan monitor dorang...

Then, malam tu adik aku 2 orang n sepupuku menggunakan laptop ni (aku kat luar bilik time ni).. Bila aku masuk bilik, cepat2 dia tutup browser. Aku sempat pandang dia guna google chrome. Aku pun pe lagi, check la history kat chrome tu...

Ni haa yang aku dapat!!



Uhh.. Apakah budak2 ini? darjah dua ok... Adik aku memang tak reti bukak tenet pun. Main game je... Isk3... Pe nak jadi la... Dah pandai cari menda2 macam tu. (walaupun spelling fail!). Try la search menda ni kat youtube tengok apa yang keluar.hehe... :D

p/s: mel, wani, ct...kalo terbace entry ni, take note dia adik kamu~~ huhu.....

Monday, November 1, 2010

Adik dan abang

Abang: Adik, ustazah adik kim salam...

Adik: Sama-sama....


*apakah???*

Wednesday, October 13, 2010

091010

091010 : It's my convocation day ^^












Note: Terima kasih pada semua..family, tunang caye, kawan2, lecturer2, UPM dan semua ^^

Friday, October 8, 2010

Perihal kemuncup

"Bila ingat kita tak bawak...bila tak ingat kita bawak"

Jawapannya macam tajuk kat atas tu la.. Tu teka teki masa kecik2 dulu.. Ayah aku slalu je berteka teki tu..

Kenapa jawapan dia kemuncup? Sebab kalau kita ingat, bila kita nak lalu kat kawasan yang ada kemuncup kita mesti lipat seluar kita kan.. So, kita tak bawak la kemuncup tu.hehe...
Erm...nape citer pasal kemuncup pulak ek... Sebenarnya...sebenarnya... sebab gambar kat bawah ni.

Tengah tak ada kerja la ni. Saja main lawan kemuncup. Lastnya, dua2 tak menang pun. Main suka-suka je =) Ku rindu orang tu sebenarnya...RINDU SANGAT!!!

Wednesday, September 22, 2010

Makaroni goreng la sangat! wakaka

>> Post yang berbaur hari raya..wawawa~

Menu hari raya ke-3: makaroni goreng...

Saje je nak try wat kan.... tapi ma pemeli semua tekak melayu asli! kalau ikut aku pun bukan suka sangat makan makanan western ni...

Kalau nak banding spaggethi tu, mee goreng tu lagi sedap wa ckp lu.wakakaka.... walaupun tak suka sangat and tau orang kat rumah ni tak makan sangat, tapi tangan ni gatal gak nak buat makaroni goreng tu...

Hasilnya....jeng3!!


Tengok gambar cam sedap tak?? kalau dalam gambar nampak macam sedap, rasanya belum tentu sedap..haha...and kalau macam tak sedap, rasanya belum tentu tak sedap..wahahaha...*sila pening*

Ayah aku cakap, sedap tapi.... rupa dia macam perut lembu..wakaka..korang tau tak perut muda? kan ada rupa macam ni jugak... ROFL

Hmmm...kalau dah melayu jati... serius lepas ni aku masak ni lagi..hakhak *peace* (^_^)V

Wednesday, August 11, 2010

Rindu

Seberapa ramaikah di antara kita yang merasakan rindu seperti yang di bawah ni... Selalu manusia hanya tahu rindu kepada manusia tapi tidak pada penciptanya... and that also not excluded me. So sad :(





Thursday, July 15, 2010

Kerepek memang sedap. Cicak pun suka!

Suka makan kerepek tak??
Maknanya korang berkongsi citarasa yang sama dengan cicak ni.HAHAHA~!!!
Eh! cicak pun makan kerepek ke? pelik tol. Ke tak pelik?






Note: Binatang yang aku geli! euwww~~

Monday, July 12, 2010

Kakak tak nak kawan dengan setan!

Korang rindu tak zaman kanak-kanak? Ohh aku rindu sangat zaman kanak-kanak aku. Cane perangai korang dulu? wuhuu... tak dengar kata aka degil tu bese la kan. Haa..ni nak cerita pasal sorang sepupu aku yang dengar kata abes la. Bagus betul cara mak dia asuh dia nih. Aku agak admire jugak la mak cik aku ni. Walaupun kerja, tapi dapat urus rumah dan keluarga dengan amat baek! Cerita ni boleh juga dikategorikan pasal kanak-kanak sangat jujur or lurus. Kalau lah semua pun camni.....

Tersebutlah kisah kat meja makan...

Budak kecik ni (aku panggil dia kakak), sedang dia makan nasi, tetiba dia menangis..sob3~
Pastu mak dia tanya la....

Mak: Nape kakak nangis ni?
Kakak: Tamo kawan ngan setan....
Mak: Yelah, takde sape suruh kawan ngan setan pun. Nape tiba2 nangis ni?
Kakak: Kakak tak abes nasi ni. Kalau makan tak abes, nanti kawan ngan setan..uwaaaaa~~~

Hahahaha....lawak je budak ni. Rupa-rupanya mak cik aku ni pernah cakap kat dia "kalau makan nasi tak abes nanti kawan ngan setan sebab membazir. Membazir tu amalan syaitan" huhuuu..... Kalau aku la, tak de nye nak nangis sebab makan tak habis (ehh sebab aku makan selalu habis je.hak3!~)

Hm.... lurusnya pemikiran seorang budak. Tiba-tiba teringat lak dialog dalam cerita Shin Chan (kartun yang sikit merosakkan budak-budak)..."kazama, cuba awak bersikap macam budak skit. Berterus terang kan bagus". Ada kaitan tak ek ngan cerita ni? Ahhh...biarkan saja~

I really miss my childhood time but I also cant wait to go through my future life~~ (u know wat is it about the future? ahaa~)

Sunday, June 27, 2010

A step closer

26 Jun 2010

Alhamdulillah =)


Update: Di sini aku nak utarakan rasa syukur pada Ilahi dan terima kasih aku pada semua yang terlibat menjayakan majlis aku pada 26 Jun 2010. And...terima kasih banyak2 kat awak, Syukram Mohd Idris..wink2~ Semoga berkekalan until the next step and forever. Bahagia dunia akhirat. InsyaAllah...Amin.... Ana uhibbuka VM~


(tak pakai fake eyelashes ok! hehe..)

Friday, June 18, 2010

Cara-cara minum air panas

Minum air panas sangat nikmat ok. Lagi-lagi kalau air teh. Kalau tak guna air panas menggelegak tak sedap. Aku memang jenis buat air panas tak suka campur dengan air masak. Nak dijadikan cerita, minggu lepas aku terkena ulser kat mulut. Tau kan? Dah la kena kat depan. So, memang tak boleh nak minum air panas dari cawan la. Then aku teringat apa aku buat time kecik-kecik dulu kalau minum air panas.. Tadaaa!!


Apa daa... Dah besar panjang pun minum camni lagi. Adik aku pun join sekali daa..hakhak...

Bila da besar, dalam subjek sains ada belajar pasal benda ni. Luas permukaan mempengaruhi pembebasan haba ke udara. Haaa.... Kira masa kecik dah pandai aplikasi menda ni la. Bijak2!! hehe...

Ada sape-sape kat sini tak pernah minum macam ni tak? Lepas ni boleh la try ek..uhuhuuu~~~

Telur itik!

Telur itik!


Sesi membasuh telur itik.. Kerja-kerja membasuh ni dibuat olehku dan adikku. Tu bukan tangan aku ok.. Aku slim skit..ekekeke... Spongebob tu dah dibuang selepas digunakan untuk membasuh telur ni. You know why~



Setelah disental-sental daki-daki dan kotorannya dengan sangat bersungguh-sungguh, ini haa hasilnya. Wow! berbeza gila..



Lepas tu buat apa? Pe lagi, masak wat lauk la...

Jom makan~!!!


Sunday, June 13, 2010

Wednesday, June 9, 2010

Udang oh udang

Jom ikut saya tangkap udang....

Haaaa.....besar tau udang ni. udang galah tuh...



Yang ni plak anak2 dia kot. Cian tak sempat nak besar dah kena tangkap.ekeke....



Lepas dah dapat tangkap banyak camni (banyak ke?), boleh la kita masak udang ni buat makan tengahari. Cukup la tu untuk 1 hidangan.hehe... Nyum2...sedap~~


Erm erm.... Aku ke yang tangkap udang tu?? hahaha... Atceli adik lelaki aku yang tangkap udang ni. Bila malam, maka hilang la dia pergi mengail udang... So, udang yang besar tu, dia lah yang makan.uhuhuu...sob3...tak leh makan udang besar. Nak yang besar, nah pergi kail sendirik!!

Thursday, May 27, 2010

Celik tapi buta

Mata celik tapi sebenarnya buta...

Buta hati...

Buta tentang penciptanya sendiri...

Buta dalam banyak perkara...

Dulu...ada samar2 cahaya di depan tetapi memilih untuk tidak...

But now, you slowly open my eyes, my heart...

Please bring me to the right path...

Let's do it together...

Let's help each other...

Terima kasih! TYVM!! =)

Note: Jom baca kisah ni. Click here.

Wednesday, May 26, 2010

Sakit yang tiada ubat

Semalam aku tertengok satu cerita kat tv. Tajuk cerita tu apa tah. Norman berlakon jadi saintis. Sekali dia buat ubat boleh jadi muda balik. Then dia try kat mak ayah dia. Maka jadi mudalah orang tua itu. Bayangkan nenek yang dah berkedut tu bertukar jadi Irma, atuk pulak jadi Danny. Cun gila nenek n ensem gila atuk.isk3.... Pastu bf cucu dia siap boleh jatuh cinta dengan nenek aka irma tu. Adusss....tah pape je cerita ni. Cerita ni sah2 tak boleh pakai.

"Ada dua jenis penyakit yang tiada ubat; penyakit tua dan penyakit mati."


So, kita sebagai manusia kenalah terima kenyataan. Dari baby jadi kanak2, then remaja ,dewasa, orang tua.. Yang muda akan jadi tua. Kulit yang dulunya tegang dah jadi berkedut. Tak payah la cucuk sana cucuk sini untuk kelihatan muda. Kalau dah cucuk tu, muka tak senyum pun nampk macam senyum.hehehe... Jadi, terimalah kenyataannya dan bersyukurlah kita.....

Note: Terfikir plak, nanti aku dah tua cane yer.hmmm.....

Tuesday, May 25, 2010

I understand it now


1. Tak merasa tak tahu macam mana rasa (cam da penah tulis je ayat ni :D)
2. Perasaan tu tak perlu dipaksa2. It comes naturally.
3. When you found the right one, you will be ready (yeah, i'm ready.haha)
4. Kalau ada orang buat sesuatu yang tak menyenangkan kita, mungkin dia ada sebab dia sendiri yang sukar untuk diluahkan.
5. Everything happened for reason. (ada kaitan tak agak2 yang ni? hehe)

Saturday, April 24, 2010

Perlu ubah gaya hidup

Lepas ni kene ubah dah cara hidupku yang sekarang ni.

>>Kena bangun awal, kul 6 (or lagi awal) kena bangun dah..
>>Tak leh tido balik lepas subuh
>>Kena buat sarapan
>>Kena tido awal sebab nak bangun awal. Kadang2 tido lewat.hakhak
>>Kena masak (uwaaa....kena blajar masak la)
>>Kena rajin kemas rumah
>>Tak leh lepak2 dah
>>Tak leh foya-foya dah..huhuuuuu

Banyak yang nak kena ubah ni.hmm....hope i can go through all these things ;)

Monday, March 29, 2010

Akhirnya! Alhamdulillah....

Alhamdulillah...Dengan limpah dan kurniaNya akhirnya dapat juga saya menyiapkan final year project (FYP) saya walaupun tidak seberapa sempurna..huuu....ayat skema ohh..haha

Actually hari ni aku present fyp. Maka berakhirlah debaran-debaran dan kesibukan ku selama ini. Dah lama aku tak update blog sbb benda ni lah.hah, salahkan dia cepat.cepat!haha...

Padahal kan kan, takde lah sampai 24 jam kerja aku tertumpu kat fyp je (memamg tak pun, ngadap komputer je keje.hehe). Tapi bila kepala asyik duk fikir benda tu je, satu kerja lain pun tak jalan. Otak dah penat, then tak ada idea nak tulis apa. And, sampai bilik pun tak berkemas. Alasan2! pemalas!!hoho~

Tapi............................ada lagi benda tak setel ni. Hardware belum present lagi kat examiners. Dah la tadi masa aku present one of the examiners tak de, memang la best present dia takde sebab tak kene shoot tp nanti time present hardware mesti banyak gila soalan dia tanya..uwaaaa..... (examiner aku takot tuh, prof kan.huhu...)

Tapi papepun, dah rasa lega skit. Tinggal 2 mini projek lak nak kena setel sebelum final ni. isk isk!! fenin~~

Sunday, March 14, 2010

Fikir itu pelita hati

Ada satu kind of syair terngiang-ngiang kat telinga aku sekarang. Ayah aku selalu sebut-sebut syair ni masa aku kecik-kecik dulu. Waktu kecik-kecik tu masa aku sekolah rendah dan menengah la. Kalo masa 3, 4 tahun takdenya aku ingat.hehe... Bunyinya begini....nak baca ni ada rima dia sebenarnya...



Fikir itulah pelita bagi hati
Yang mendapat kita ingat akan mati

Ingat-ingat serta fikir sehari-hari
Kita duduk dalam kubur seorang diri

Jika hidup kita dapat harta jenuh
Itu akhir tinggal masuk dalam tanah...


Aku tak tahu sebenarnya kata-kata ni datang dari mana. Then aku try search....ini yang aku jumpa....dari blog arah mana (to owner blog, sorry I copy ni tak bagitahu dulu)


Kalam hikmah Syeikh Ibnu Athoillah r.a. :
"Berfikir ialah ibarat pelita hati, maka apabila berfikir telah hilang (terhenti), bererti tidak ada lagi cahaya bagi hati tersebut"


sambungan penulisan arah mana....

Pak Su berdodoi lagi,

Tuntutlah ilmu hingga mati
negeri akhirat sedia menanti

matilah kamu seorang diri
di dalam kubur tempat yang sunyi...

Pasir Puteh,
6 Feb 2010 @ 9.50 am


Aku tak tahu plak siapa Pak Su tu.hehe....

Aku rasa cam ada lagi sambungan dia. Tapi dah lupa la..."rumah besar, kampung luas........." tak ingat dah..betul ke tak ek?tak sure...Papepun I like this~

Note: Sambung mengedit thesis yang di copy paste~

Tuesday, March 9, 2010

Why I hate 13

Hello readers...cewah cam ramai je baca blog aku nih...

Hm...da lama sangat tak update ni. Busy sesangat sekarang. Kerja bergunung bak gunung everest diselaputi salji-salji nan putih bersih.uhuu~~

WHY I HATE 13?

Sebab week 13 ni ada 2 mini projek kena submit dan presentation FYP. 2 mini projek tu pun kena wat report ala-ala thesis FYP gak. 1 projek tu kena wat javascript programme untuk natural language understanding (NLU). Ada sape2 sini terer tak? boleh buatkan programnya kah?*wink*

Sekarang ni dah week 10. Next week hantar thesis, week 13 present, week 14 end of kuliah and week 15 final exam... Tak de study week. Selama aku blajar ni, seingat aku masa first year je kot dapat rasa study week. Selalunya, hari jumaat ada presentation or class, hari isnin dah start final..Aduss.... sakit-sakit!!

And my FYP? Rasa-rasa cam kena extend je. Padan muka tak wat sungguh2 sangat. Tapi supervisor aku bagi extend tak ni?aduss...da bape kali aku gi cari tak jumpa2 dia ni. Kalau extend means duk sini sampai bulan 7. Boringnya...nanti kita kuar jalan2 sama2 nak? (kita merujuk kepada sapa2 yang baca ni ;D)

Tak pasal-pasal lak benci 13.hehe~

Friday, February 19, 2010

Saya ambil dadah, saya dah tak tahan

Yer aku baru je lepas ambik dadah. Percayalah...

Asal dadah menjadi ubat. Salah guna tu yang jadi cerita lain.

Dua hari lepas demam melanda diriku. Baru pulang dari kampung, terus demam. Kalau demam kat kampung, ada ma tolong picit-picitkan.hehe...

Dah lama atceli aku tak demam. Last demam, dua tahun lepas kalau tak silap. And kalau sakit jangan harap aku nak makan ubat. Sebab tu kalau batuk boleh sampai sebulan tak baik-baik. Bagi aku makan ubat kalau sakit amat-amat je. Nanti jadi ketagih macam aku ketagih kopi.ngee~~

Tapi semalam aku berjaga sampai pagi walaupun tak sedap badan lagi. Dekat pukul 7 pagi baru start nak tido. Duk guling-guling atas katil, 2 jam tak boleh tido lagi. Lalu aku bingkas bangun pergi makan ubat dengan perut kosong. Rasa semacam je perut aku. Itulah..orang jarang makan ubat. Mkn ubat ngan perut kosong.isk isk....

Sekarang dah ok pun. Batuk-batuk je sikit. Esok nak gi main boling harap-harap bertenaga lah.huhu...

Note: Lepas ni nak gi sambung tido.. ZZzZZZzzz~~~

Wednesday, February 10, 2010

Budak C vs budak S

CS...counterstrike..yeah...sila abaikan

Aku nak cerita kisah 2 budak comel @ somel. Mereka 2 orang ni adik beradik (sepupu aku). Si kakak bila sebut perkataan yang bermula dengan huruf s akan jadi c dan si adik vice versa.

Kakak: Mok, nok cabun.
Adik: Saloh kakak sebut tu. Bukan cabun la, sabun.


*********

Sedang mereka mewarna....

Adik: Dia suruh warne somel-somel ni...
Kakak: Comel la, bukan somel.
Adik: Betul la somel, bukan comel.

Ok, kakak mengalah je ngan adik dia. Bagus-bagus. Ni la gambar dorang. Dah besar pun. Somel kan? (aku pun da terikut bahasa si adik :D )



Teringat lak kisah aku ngan kakak nombor 2 aku masa zaman kecik-kecik dulu. Beza umur kitorang setahun je. Aku masa masa kecik ganas tau. Tak caya sudah. Akak aku tu selalu je kena cakau ngan aku.hehe... Memang yang mengalahnya akak aku la. Dah besar pun asyik gaduh lagi. Tapi sekarang dia dah kahwin, aku pun dah matang (matang ke..??). So, dah lain sikit. Dah jadi lebih mesra dan cakap sopan-sopan skit. Tapi bergurau gila-gila kitorang tu still ada lagi la. Haih, rindunya.........anak dia. hihihi...

*********

Sebut pasal mengalah, kadang-kadang mengalah ni perlu. Contohnya mengalah dengan pasangan. Selalu orang kata pasangan ni tak boleh sama unsur (unsur tanah, air, api, angin.). Sebabnya kalau dua-dua orang unsur api, kalau bergaduh alamaknya takde yang mengalah la jawabnya. Dua-dua nak menang.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Kalau nak cerita panjang lak. See in the next entry la.hehe...

Teka-teki: Saya unsur apa? :)

Note: Lusa balik kampung. Esok kita pergi shopping dulu. yahuuu....*lompat sampai kene siling* :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails