Showing posts with label Love and Friendship. Show all posts
Showing posts with label Love and Friendship. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

A step closer

26 Jun 2010

Alhamdulillah =)


Update: Di sini aku nak utarakan rasa syukur pada Ilahi dan terima kasih aku pada semua yang terlibat menjayakan majlis aku pada 26 Jun 2010. And...terima kasih banyak2 kat awak, Syukram Mohd Idris..wink2~ Semoga berkekalan until the next step and forever. Bahagia dunia akhirat. InsyaAllah...Amin.... Ana uhibbuka VM~


(tak pakai fake eyelashes ok! hehe..)

Wednesday, February 10, 2010

Budak C vs budak S

CS...counterstrike..yeah...sila abaikan

Aku nak cerita kisah 2 budak comel @ somel. Mereka 2 orang ni adik beradik (sepupu aku). Si kakak bila sebut perkataan yang bermula dengan huruf s akan jadi c dan si adik vice versa.

Kakak: Mok, nok cabun.
Adik: Saloh kakak sebut tu. Bukan cabun la, sabun.


*********

Sedang mereka mewarna....

Adik: Dia suruh warne somel-somel ni...
Kakak: Comel la, bukan somel.
Adik: Betul la somel, bukan comel.

Ok, kakak mengalah je ngan adik dia. Bagus-bagus. Ni la gambar dorang. Dah besar pun. Somel kan? (aku pun da terikut bahasa si adik :D )



Teringat lak kisah aku ngan kakak nombor 2 aku masa zaman kecik-kecik dulu. Beza umur kitorang setahun je. Aku masa masa kecik ganas tau. Tak caya sudah. Akak aku tu selalu je kena cakau ngan aku.hehe... Memang yang mengalahnya akak aku la. Dah besar pun asyik gaduh lagi. Tapi sekarang dia dah kahwin, aku pun dah matang (matang ke..??). So, dah lain sikit. Dah jadi lebih mesra dan cakap sopan-sopan skit. Tapi bergurau gila-gila kitorang tu still ada lagi la. Haih, rindunya.........anak dia. hihihi...

*********

Sebut pasal mengalah, kadang-kadang mengalah ni perlu. Contohnya mengalah dengan pasangan. Selalu orang kata pasangan ni tak boleh sama unsur (unsur tanah, air, api, angin.). Sebabnya kalau dua-dua orang unsur api, kalau bergaduh alamaknya takde yang mengalah la jawabnya. Dua-dua nak menang.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Kalau nak cerita panjang lak. See in the next entry la.hehe...

Teka-teki: Saya unsur apa? :)

Note: Lusa balik kampung. Esok kita pergi shopping dulu. yahuuu....*lompat sampai kene siling* :D

Monday, February 1, 2010

Berita sedih

Got this message....

"for those yg kenal norlis,please i wanna inform u'oll that she is now in GH penang...she got brain tumor,dia sgt2 kurus n tak bermaya tp still got strong spirit...sapa2 yg ade masa g la melawat dia kat GH penang,ward A2 block A tgkat 2...8th feb,on operation..sgt sedey tgk dia........give her full support k!!thanks"


Norlis tu kawan aku kat matrik (Kolej MARA Kulim) kelas J. Seorang gadis yang ceria, happy go lucky dan boleh dikatakan agak 'gila-gila'. Walaupun kat matrik kitorang tak berapa rapat, tapi bila dengar berita ni....sangat, amat terkejut dan sedih sangat-sangat. Kalau orang yang rapat dengan dia apatah lagi especially her family.

Di sini saya ingin memohon sahabat-sahabat saya berdoalah untuk kawan saya ni. Semoga Norlis dan keluarga diberikan kekuatan menepuh dugaan itu dan semoga operation itu success. InsyaAllah.....

*******

(Lampiran)
En. wiki cakap:

A brain tumor is an abnormal growth of cells within the brain, which can be cancerous or non-cancerous (benign). It is defined as any intracranial tumor created by abnormal and uncontrolled cell division, normally either in the brain itself (neurons, glial cells (astrocytes, oligodendrocytes, ependymal cells), lymphatic [ifd, blood vessels), in the cranial nerves (myelin-producing Schwann cells), in the brain envelopes (meninges), skull, pituitary and pineal gland, or spread from cancers primarily located in other organs (metastatic tumors).

Micrograph of an oligodendroglioma, a type of brain cancer


Note: Ingatlah nikmat sihat sebelum tiba waktu sakit.

Tuesday, January 12, 2010

We should spend some time with them

Taman Sinar Harapan

Entri lepas aku ada sebut pasal Taman Sinar Harapan (TSH). A bit description about this place:

(For children with disabilities aged 7-14 years. Provides shelter, living skills training, therapy and rehabilitation. Other services include, Snoezelen, Hydrotherapy, Computer training, Counselling, Reflexology, Music and Social activities.)

Aku pernah la jadi volunteer di TSH masa cuti semester bersama kawan2 dan adikku. At first, aku ingatkan TSH is rumah orang tua tapi sebenarnya untuk kanak-kanak. (Uwaa...macam mana ni?? Awal2 dah set mind rumah orang tua). Mula2 memang sangat kekok sebab don't know how to handle them, tapi lama2 ok la sikit.Antara aktiviti yang kami buat ialah; ajar kelas melukis, kelas terapi (ye ke ek), kelas jahitan, tolong masa makan, dan bermain2 dengan mereka.

Come meet some of them (ni antara mereka yang rapat dengan aku, ramai lagi atceli)

Fatin: Hiperaktif sikit. Terer nyanyi ni. Mengaji pun terer. Dulu sekolah agama. Tak tahu macam mana boleh end up di TSH. (Ni pekerja kat situ yang cakap)
Edayu: Sakit sawan gila b***
Normah: Kakak dia kerja. So, tiada siapa dapat jaga dia. Kalau duduk rumah nanti akan merayap merata-rata.
Naim: Nelang ni. (maksudnya cam samseng la.huhu). Kalau tengok macam ok je.
Kak Long: Paling tua di situ.
Mok Su: Down Sindrome. Comel dia ni.
Shuhada: Anak yang dijumpai tidak tahu siapa ibu dan bapa.

Antara perbualan aku dengan mereka:

(Dialog versi terengganu lah)

Aku: Rumoh Naim mane?
Naim: Kelantan
Aku: Mok ayoh biase mari lawat dok?
Naim: Biase
Aku: Shuhada? Rumoh mane?
Shuhada: Kite mane ade rumoh. Kite anok buang kang.
Aku: Eh, dok baik kate gitu.
Shuhada: Betul la Kak Farah. Kalu dok caye tanya Abang *tak ingat nama dia*. Dia la jumpe kite.

Terkelu lidahku.uhuuu....Macam mana dia tahu kisah dia. FYI Syuhada la yang paling rapat dengan aku. Pernah sekali dia tak bagi aku balik sampai nangis2. Aku pun tumpang menangis sekali la :"-(

Kadang2 kitorang pergi bawak gula2, belon ke. Then one of them said:

Normah: Kalu akak mari kite suke doh. Dok bawok makanan pun dakpe.

Sebenarnya mereka ni mahu perhatian dan kasih sayang je dari kita. Datang melawat pun jadilah. Tapi yang penting mestilah ikhlas. Haa, jangan tak tau, anak Idris Jusoh pun ada sekali dengan kami jadi volunteer. Katanya mak dia yang suruh.hmm...(weh tak baik la cakap pasal orang.ooppsss)

Rindu plak kat diorang ni. Dah lama sangat tidak menjenguh ke sana. Last time aku pergi, dah ada pekerja baru yang muda. Dulu, hanya mak cik je yang bekerja di sana.

I've include some of their pictures:

Makan Time


Kelas Menjahit


Hari JOC-V @ Japanese Organisation Charity -Volunteer (betul ke nih)
Nama melayu yang main gitar tu Iskandar *wink2*


Hari Sukan


Memori Kita Bersama

Nota: (Eh ingt mengarang karangan sekolah ke.huhu)

Wednesday, December 30, 2009

aku tak sekuat dan sebaik ini.....


Sebelum aku cakap pape, jom layan video ni dulu.




Untuk sesape yang tak tahu, video ini adalah petikan daripada cerita Syurga Cinta lakonan Heliza AF dan Awal Ashaari.

"Apa Shu akan buat kalau tiba-tiba orang yang Shu sayang tipu Syu dan tinggalkan Shu? Shu sedih tak?

"Jika seseorang itu hadir dalam hidup saya, dan menjadi sebahagian daripada saya, tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Jangan terlalu sedih. Terimalah kenyatan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan saya. Jadi saya redha."


AKU TAK SEKUAT DAN SEBAIK INI....


--the end--

p/s: video credit to Jerah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails