Monday, December 12, 2011

Riak masih bertapak

Diceritakan ada seorang hamba Allah yang bangun tengah malam untuk beribadat.

Dilakukannya solat2 sunat dan berzikir dengan bersungguhnya.

Selesai melakukan perkara2 tersebut, dia berehat sebentar sementara menanti subuh tiba.

Dibuka tingkap rumahnya untuk merasa kedinginan angin malam.

Dilihatnya semua rumah dalam keadaan gelap.

Maka….terdetik di hatinya “ Nampaknya aku seorang sahaja yang bangun sembahyang malam, sedangkan mereka semua lena dibuai mimpi”

Lalu lahir sedikit rasa bangga.

Kemana semua ibadahnya tadi??

Moralnya, marilah sama2 kita buang rasa riak yang ada dalam diri kita. Yeah, its not that easy. Tapi kita mesti berusaha menjadi lebih baik! Ingat Farhana!!

Saturday, August 13, 2011

Kaf-Ba-Ro-Kaf-Alif-Ta-Nun

"Bila harta hilang keberkatan, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas, terasa miskin dalam kekayaan"

Had a talk about this topic with the older.

Betul....
Kadang-kadang kita tengok orang kaya raya, gaji berpuluh ribu, tapi dia rasa duit tak cukup...hutang lagi lah sana-sini... hidup nampak mewah, tapi hutang banyak sebenarnya..kepala asyik serabut je...tapi bukan semua orang berada macam ni la kan...

Kadang-kadang ada yang kita tengok, kerja biasa-biasa je, duit cukup makan je, tapi boleh besarkan anak-anak 5,6 orang sampai besar panjang, belajar tinggi-tinggi tanpa berhutang dengan orang pun.

Keberkatan tu sangat penting! Ya Allah, ku memohon kepadaMu, moga mendapat keberkatanMu dalam mencari rezeki seharian...jauhkanlah aku dari lalai dan leka dengan harta dunia...Amin...

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Pertama

Ini Ramadhan pertamaku....berpuasa dengan tittle 'isteri'...isteri kepada Syukram Mohd @ Idris. Oh I love sebut nama ni. ;) nak sebut lagi lah.. Syukram Mohd @ Idris....haha...
Cik abang sayang tengah kerja ye...Sama lah kita..

Puasa kali ni sangat2 bermakna sebab ni puasa pertama kita berpuasa sama, berbuka puasa sama2, sahur sama2, pergi terawih sama2, masak sama2, semua sama2 lah....Seronok sangat2, lagi2 kalo time masak kan ;p sampai nak bergaduh..haha...tadelah...

Moga kita memperoleh keberkatan sepanjang berpuasa. Dan moga istiqamah pergi solat terawih...

Note: ohh...nanti kta gi beli bunga api ye..cam best je main sama2 ;p

Thursday, June 23, 2011

Thursday, April 21, 2011

Analogi terbaik!

Mencari rumah dalam rumah
(dah duk lam rumah cari rumah watpe??)

sama juga

Mencari dunia dalam dunia....
(dah duk kat dunia kita tak yah cari dunia;) carilah akhirat)

Sunday, February 20, 2011

Ada apa dengan February?

 3 February 2011 - Chinese New Year
This date is so special to the Chinese to celebrate their festive.

14 February 2011 - Valentine's Day?
Valentine's day  is an annual commemoration held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions (from wiki). But as a Muslim, we are prohibited to celebrate this day. Ok, tak nak explain panjang lebar kenapa. All muslims should know why, right..

15 February 2011 - The Prophet Muhammad's Birthday (Maulidur Rasul)
Maulidur Rasul ialah hari kelahiran nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun gajah. This is the day that Muslims should celebrate instead of 14 February.

20 February - Hoodie-Hoo Day
You are supposed to go outside to shout "Hoodie-hoo!" to scare away Winter and make way for Spring! Tak sesuai langsung untuk Malaysia kan.haha... Pastu halau2 semangat pulak. Lagi la tak boleh.

20 February - John Glenn Orbits the Earth
He was the first American to orbit the Earth on this date in 1962 in the Friendship 7 space capsule. I have no idea what is this..hahaha...copy je ;p

20 February ......lagi?
It's my sis BIRTHDAY!! 
Kepada adik kesayanganku Maisarah, SELAMAT HARI TUA! Nak nyanyi jap...

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu, 
Allah selamatkan Maisarah, 
Allah selamatkan kamu..

Bak kata "orang2 leni hari lahir ingat sangat, hari mati dok bape nok ingat" Haaa.... Gane tu? Bila masuk nya hari lahir kita, bertambah la umur kita, maka makin kurang la masa kita kat dunia ni.haaa.... Jadi jangan duk suka sangat. Tapi dok saloh pun kita nok ingat hari lahir kita kan. Instead of bergembira dok tahu kale huhahuha, kita bersyukur la yang kita masih hidup di bumi Dia ni. And, sangat penting ni... Hari kita patut terima kasih kat Ma, she deserves the most sebab dia bertarung nyawa lahirkan kita. Dok lupa jugok bak.. Tadok 2, 2 tu, tadop la kita..kan.... Wah3...kan doh campur tulis bahasa terengganu.haha..
Once more, selamat menyambut hari lahir. Semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dalam keredhaan-Nya.. Amin.....

p/s: no present for u dis year eyh. Entry ni kira present la ye...... ;p

Wednesday, February 16, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

12 Rabiulawal, 15 Februari 2011

Rasanya rata-rata muslim tahu apa itu Maulidur Rasul kan. Tak explain panjang pun tak apa. Tapi nak tulis gak la skit. Maulidur Rasul-hari kelahiran nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun gajah.

Tiap-tiap tahun selalunya family aku memang sambut. Dah lama dah aku tak leh join sebab kat unibersiti kan. Kebetulan bukan waktu cuti. Tahun ni dapatla sambut sebab sekarang memang dah abes blajar, duk rumah dah. Takde snap gambar lak semalam, cam segan je nak mik gambar.

Esok pun ada lagi...Tengah pikir nak pakai baju apa ni esok. Boleh pulak macam tu kan.isk isk isk..Apa pulak pikir baju, yang penting penghayatan tu!. Tapi kalau namanya perempuan nak gi mana-mana pun sibuk nak pikir pakai baju apa..huahuahua....

Dah tak reti nak update la. Tulis sikit-sikit ni pun jadi la yer...... 

Ohh, nak ucap Salam Maulidur Rasul buat semua ummat Islam. Terlambat ke? hukhuk....

Monday, February 14, 2011

I heart you!

I was talking, and You suddenly interrupted my word and said................... I love you..

Hey, I wasn't done talking!



But I love it!


I LOVE YOU TOO!

~love love love~

Saturday, January 29, 2011

Kisah sadis kena tinggal!

Kisah 1:
Ni kisah pak cik aku yang mengambil pulang anaknya dari sekolah. Anaknya yang bernama Farah tu, sebelum dia masuk kereta dia campak dulu beg dia dalam kete. Then, Dang~ (bunyi tutup pintu kete, camni ke bunyi nye? ;p) Lepas tu dia pergi mana tah kan. Ayah nya pun dengan senang hati bawak kereta. Sampai lah dia sedar anak dia tak ada kat belakang sebab senyap je..terpaksalah patah balik..sebbaik dekat je..hahaaha

Kisah 2:
Ayahku pergi jalan jauh dengan 2 orang kawannya. Pastu kawannya yang duk depan nak gi toilet. So, berhenti dekat stesen minyak. Dah lama skit brenti, tiba2 yang duk belakang tu pun kluar jugak,  bunyi tutup pintu kereta. Orang dah lama kuar gi toilet dia baru nak kuar. Ayah aku pun jalan jela sebab ayah aku ingat dia masuk kete, padahal baru kuar. Then, ada bunyi telefon kat belakang. Ayah aku kata " angkatlah telefon tu, tidur ke xangkat tu".. Tak terangkat jugak. Telefon ayah aku plak bunyi lepas tu. Orang yang telefon tu cakap "si A tu ada kat stesen minyak lagi.. cuba tengok belakang". Seram jugak tadi rupanya ayah aku cakap sorang-sorang.hahaha... Tadi telefon yang bunyi kat belakang tu telefon si A. Dah takde orang angkat, dia telefon kawan dia suruh telefon ayah aku. Dia tak ingat nombor ayah aku kot.. Dah jauh kot...sian3...ish ish ish..hahahah...apelah..

Kisah 3:
Pak cik aku dengan mak cik aku, kisah naik motor. Mak cik aku naik motor, then turun balik sebab nak betulkan kain. Pak cik aku boleh jalan terus je. Padahal dah jerit, tak dengar jugak. Hahaaha...orang yang ada time tu gelak la pe lagi..

Kisah 4:
Ada sorang budak ni dia ikut ayah dia pergi majlis burdah. Tempat dia, rujuk entry ini dan ini. Selalunya dia pergi dengan orang lain. Ayah dia ni balik lambat sikit. Masa tu tinggal sikit je orang yang belum balik. Tiba-tiba budak tu nak tettt... Dia pun pergi la toilet. Bila dah kuar toilet tengok2 kereta dah takde. Apa lagi...nangis la. Nangis dia macam ni.. Duduk mengcangkung, pastu bunyi la sobsebsobseb. Pastu datang la orang tua kat situ dia tanya nape nangis. Budak tu cakap dia kena tinggal. Nasib baik mak cik tu kenal budak tu. Dia pun hantar budak tu balik rumah. Budak tu...............................aku la tu...hahahaha... Balik rumah kena gelak, bukan orang nak kesian pun.uhh! Kenangan...kenangan...sampai sekarang pun kena gelak lagi...

Note: Hari ni cadangnya nak gi kenduri kak aini kawen (ex-kosmet), tapi tak dapat keizinan dari ayah plak..sori yer akak. Ana doakan akak bahagia dunia akhirat.. nanti dapat anak comel2, soleh dan solehah yer ;)

Sunday, January 23, 2011

Janji

Ada orang suka berjanji tapi tak pernah menepati janji...

Ada orang suka berjanji tapi kadang-kadang tak tepati janji...

Ada orang yang berjanji bagai nak rak, tapi terlupa bahawa dia pernah berjanji...

Ada orang berjanji tapi mengambil ringan akan janjinya...

Ada orang suka berjanji dan menepati janji...

Ada orang tak suka berjanji...



Akan tetapi ikhlaskan lah diri kita semasa kita mengikat janji...

Tidak menepati janji... manusia itu pelupa dan alpa... mungkin tidak terniat untuk tidak menepati... manusia....

Mungkin kau lupa kau pernah berjanji denganku... Mungkin aku lupa aku pernah berjanji denganmu.. Ingatkanlah aku...

Ingatlah janji-janji kita... Ingatlah janji-janji kamu wahai manusia! Hana Ghazali juga!

Tapi yang paling penting ialah janji kita dengan Pencipta yang satu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails