Showing posts with label UPM. Show all posts
Showing posts with label UPM. Show all posts

Wednesday, October 13, 2010

091010

091010 : It's my convocation day ^^












Note: Terima kasih pada semua..family, tunang caye, kawan2, lecturer2, UPM dan semua ^^

Monday, March 29, 2010

Akhirnya! Alhamdulillah....

Alhamdulillah...Dengan limpah dan kurniaNya akhirnya dapat juga saya menyiapkan final year project (FYP) saya walaupun tidak seberapa sempurna..huuu....ayat skema ohh..haha

Actually hari ni aku present fyp. Maka berakhirlah debaran-debaran dan kesibukan ku selama ini. Dah lama aku tak update blog sbb benda ni lah.hah, salahkan dia cepat.cepat!haha...

Padahal kan kan, takde lah sampai 24 jam kerja aku tertumpu kat fyp je (memamg tak pun, ngadap komputer je keje.hehe). Tapi bila kepala asyik duk fikir benda tu je, satu kerja lain pun tak jalan. Otak dah penat, then tak ada idea nak tulis apa. And, sampai bilik pun tak berkemas. Alasan2! pemalas!!hoho~

Tapi............................ada lagi benda tak setel ni. Hardware belum present lagi kat examiners. Dah la tadi masa aku present one of the examiners tak de, memang la best present dia takde sebab tak kene shoot tp nanti time present hardware mesti banyak gila soalan dia tanya..uwaaaa..... (examiner aku takot tuh, prof kan.huhu...)

Tapi papepun, dah rasa lega skit. Tinggal 2 mini projek lak nak kena setel sebelum final ni. isk isk!! fenin~~

Tuesday, March 9, 2010

Why I hate 13

Hello readers...cewah cam ramai je baca blog aku nih...

Hm...da lama sangat tak update ni. Busy sesangat sekarang. Kerja bergunung bak gunung everest diselaputi salji-salji nan putih bersih.uhuu~~

WHY I HATE 13?

Sebab week 13 ni ada 2 mini projek kena submit dan presentation FYP. 2 mini projek tu pun kena wat report ala-ala thesis FYP gak. 1 projek tu kena wat javascript programme untuk natural language understanding (NLU). Ada sape2 sini terer tak? boleh buatkan programnya kah?*wink*

Sekarang ni dah week 10. Next week hantar thesis, week 13 present, week 14 end of kuliah and week 15 final exam... Tak de study week. Selama aku blajar ni, seingat aku masa first year je kot dapat rasa study week. Selalunya, hari jumaat ada presentation or class, hari isnin dah start final..Aduss.... sakit-sakit!!

And my FYP? Rasa-rasa cam kena extend je. Padan muka tak wat sungguh2 sangat. Tapi supervisor aku bagi extend tak ni?aduss...da bape kali aku gi cari tak jumpa2 dia ni. Kalau extend means duk sini sampai bulan 7. Boringnya...nanti kita kuar jalan2 sama2 nak? (kita merujuk kepada sapa2 yang baca ni ;D)

Tak pasal-pasal lak benci 13.hehe~

Tuesday, January 26, 2010

Sekarang klik je, tidak perlu pangkah-pangkah

Hari ini adalah hari membuang undi di UPM untuk memilih MPP baru untuk semester depan untuk menegakkan hak pelajar UPM. Haih, berapa banyak untuk daa...

Sistem yang digunakan di UPM adalah e-undi. Pada pendapat korang, e-undi atau undi pangkah-kat-kertas lagi bagus? Ramai yang tidak menyokong e-undi ni. Kenapakah? Senang apa. Masukkan no matrik, kata laluan, then click je pada calon-calon yang berkenaan (yang hensem dan yang cantik.isk isk). Disebabkan tidak mengenali calon, so main click je la kan, dengan hanya melihat luaran sahaja. And one more thing, nak kira undi pun senang.

Tapi e-undi ni, ada keburukannya. Malas lak nak cerita. (malas nak cerita ke tak tahu.huk2)

Bila tiba musim mengundi macam ni la jadi. Sampah merata-rata. Eh bukan sampah tu, tapi dah jadi sampah. Biasalah....

Ini bukan depan bilik aku. Aku tak buang sampah merata-rata.ngee..


Sila teka plat no motor di atas kalau nak hadiah. (eh tak tak)


Apa perasaan korang kalau itu gambar korang dan di pijak-pijak dan di sepak terajang..erkk....

Agak-agak siapa menang? Sure la aspirasi menang kalau kat UPM ni. Tak kesah la, tahun depan aku dah tak ada kat UPM. InsyaAllah..... (ek eleh, macam ko pernah kesah lak hal2 politik ni)

Note: Ntah pape je rase entry ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails