Monday, January 23, 2012

CNY….kerja….

Dengan sebaknya aku mengumumkan aku kerja arini..sob3..

Dpt gaji triple??no way…sebbaik ley ganti cuti...blh amik kamis ni..yea.. (blh ke x ek Confused smile)

Untung kerja rini, dpt angpau dr korean..hak3…. Open-mouthed smileAngpau angry birds tuu….hehe….

Thursday, January 12, 2012

Menanti dan terus menanti

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.... ;)

Tuesday, January 10, 2012

Hutang?

Bila kita ada berhutang dengan orang, hutang tu mesti dijelaskan secepat mungkin. Jangan tangguh2. Sebaiknya elakkan dari berhutang.
Tapi kalau kita cakap kat peminjam yang kita dah halalkan hutang dia, walau takde duit macam mana sekalipun, tergamak ke nak mintak orang tu bayar balik?? ohh…what a shame!~
Ingat tu…jauhkan hutang ye farhana….

Monday, December 12, 2011

Riak masih bertapak

Diceritakan ada seorang hamba Allah yang bangun tengah malam untuk beribadat.

Dilakukannya solat2 sunat dan berzikir dengan bersungguhnya.

Selesai melakukan perkara2 tersebut, dia berehat sebentar sementara menanti subuh tiba.

Dibuka tingkap rumahnya untuk merasa kedinginan angin malam.

Dilihatnya semua rumah dalam keadaan gelap.

Maka….terdetik di hatinya “ Nampaknya aku seorang sahaja yang bangun sembahyang malam, sedangkan mereka semua lena dibuai mimpi”

Lalu lahir sedikit rasa bangga.

Kemana semua ibadahnya tadi??

Moralnya, marilah sama2 kita buang rasa riak yang ada dalam diri kita. Yeah, its not that easy. Tapi kita mesti berusaha menjadi lebih baik! Ingat Farhana!!

Saturday, August 13, 2011

Kaf-Ba-Ro-Kaf-Alif-Ta-Nun

"Bila harta hilang keberkatan, sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas, terasa miskin dalam kekayaan"

Had a talk about this topic with the older.

Betul....
Kadang-kadang kita tengok orang kaya raya, gaji berpuluh ribu, tapi dia rasa duit tak cukup...hutang lagi lah sana-sini... hidup nampak mewah, tapi hutang banyak sebenarnya..kepala asyik serabut je...tapi bukan semua orang berada macam ni la kan...

Kadang-kadang ada yang kita tengok, kerja biasa-biasa je, duit cukup makan je, tapi boleh besarkan anak-anak 5,6 orang sampai besar panjang, belajar tinggi-tinggi tanpa berhutang dengan orang pun.

Keberkatan tu sangat penting! Ya Allah, ku memohon kepadaMu, moga mendapat keberkatanMu dalam mencari rezeki seharian...jauhkanlah aku dari lalai dan leka dengan harta dunia...Amin...

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Pertama

Ini Ramadhan pertamaku....berpuasa dengan tittle 'isteri'...isteri kepada Syukram Mohd @ Idris. Oh I love sebut nama ni. ;) nak sebut lagi lah.. Syukram Mohd @ Idris....haha...
Cik abang sayang tengah kerja ye...Sama lah kita..

Puasa kali ni sangat2 bermakna sebab ni puasa pertama kita berpuasa sama, berbuka puasa sama2, sahur sama2, pergi terawih sama2, masak sama2, semua sama2 lah....Seronok sangat2, lagi2 kalo time masak kan ;p sampai nak bergaduh..haha...tadelah...

Moga kita memperoleh keberkatan sepanjang berpuasa. Dan moga istiqamah pergi solat terawih...

Note: ohh...nanti kta gi beli bunga api ye..cam best je main sama2 ;p

Thursday, June 23, 2011

:)

New phase of my life started :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails