Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Kisah sadis kena tinggal!

Kisah 1:
Ni kisah pak cik aku yang mengambil pulang anaknya dari sekolah. Anaknya yang bernama Farah tu, sebelum dia masuk kereta dia campak dulu beg dia dalam kete. Then, Dang~ (bunyi tutup pintu kete, camni ke bunyi nye? ;p) Lepas tu dia pergi mana tah kan. Ayah nya pun dengan senang hati bawak kereta. Sampai lah dia sedar anak dia tak ada kat belakang sebab senyap je..terpaksalah patah balik..sebbaik dekat je..hahaaha

Kisah 2:
Ayahku pergi jalan jauh dengan 2 orang kawannya. Pastu kawannya yang duk depan nak gi toilet. So, berhenti dekat stesen minyak. Dah lama skit brenti, tiba2 yang duk belakang tu pun kluar jugak,  bunyi tutup pintu kereta. Orang dah lama kuar gi toilet dia baru nak kuar. Ayah aku pun jalan jela sebab ayah aku ingat dia masuk kete, padahal baru kuar. Then, ada bunyi telefon kat belakang. Ayah aku kata " angkatlah telefon tu, tidur ke xangkat tu".. Tak terangkat jugak. Telefon ayah aku plak bunyi lepas tu. Orang yang telefon tu cakap "si A tu ada kat stesen minyak lagi.. cuba tengok belakang". Seram jugak tadi rupanya ayah aku cakap sorang-sorang.hahaha... Tadi telefon yang bunyi kat belakang tu telefon si A. Dah takde orang angkat, dia telefon kawan dia suruh telefon ayah aku. Dia tak ingat nombor ayah aku kot.. Dah jauh kot...sian3...ish ish ish..hahahah...apelah..

Kisah 3:
Pak cik aku dengan mak cik aku, kisah naik motor. Mak cik aku naik motor, then turun balik sebab nak betulkan kain. Pak cik aku boleh jalan terus je. Padahal dah jerit, tak dengar jugak. Hahaaha...orang yang ada time tu gelak la pe lagi..

Kisah 4:
Ada sorang budak ni dia ikut ayah dia pergi majlis burdah. Tempat dia, rujuk entry ini dan ini. Selalunya dia pergi dengan orang lain. Ayah dia ni balik lambat sikit. Masa tu tinggal sikit je orang yang belum balik. Tiba-tiba budak tu nak tettt... Dia pun pergi la toilet. Bila dah kuar toilet tengok2 kereta dah takde. Apa lagi...nangis la. Nangis dia macam ni.. Duduk mengcangkung, pastu bunyi la sobsebsobseb. Pastu datang la orang tua kat situ dia tanya nape nangis. Budak tu cakap dia kena tinggal. Nasib baik mak cik tu kenal budak tu. Dia pun hantar budak tu balik rumah. Budak tu...............................aku la tu...hahahaha... Balik rumah kena gelak, bukan orang nak kesian pun.uhh! Kenangan...kenangan...sampai sekarang pun kena gelak lagi...

Note: Hari ni cadangnya nak gi kenduri kak aini kawen (ex-kosmet), tapi tak dapat keizinan dari ayah plak..sori yer akak. Ana doakan akak bahagia dunia akhirat.. nanti dapat anak comel2, soleh dan solehah yer ;)

Saturday, November 27, 2010

Menjaga tepi kain orang, kain sendiri yang carik


Baca dialog kat atas ni.. (hanya lakonan semata-mata..haha)

Keadaan camni selalu terjadi kan?

"Aku nak gtau samting kat ko ni...jangan gtau orang len eh..aku gtau ko sorang je ni"

"Eh aku dengar citer anak dia tu bla bla bla.....betul ke? Aku bukan pe, nak kompemkan cerita yang aku dengar tu betul ke idak je"

So what? Penting sangat ke sampai nak kompem2 citer tu betul ke tak... Ada kena mengena dengan kita ke??? Ada mengubah hidup kita ke???

Tensen betul la dengan orang yang suka ambil tahu hal orang ni.. Sampai kadang-kadang benda 'lam kain' , i means sulit pun sibuk nak tahu jugak??

"laki ko bagi duit bulan-bulan banyak mana?"

And kalo ada sesape yang ceritakan masalah dia kat kita, jangan la kita pi citer kat orang len plak.. Kan dah tak amanah tu..hm...

Janganlah kita sibuk bicarakan hal orang lain sampai terlupa untuk 'bicarakan' hal diri sendiri...

Pesanan tuk diri sendiri gak ni...... Marilah kita saling pesan memesan.. ^^

Monday, July 12, 2010

Kakak tak nak kawan dengan setan!

Korang rindu tak zaman kanak-kanak? Ohh aku rindu sangat zaman kanak-kanak aku. Cane perangai korang dulu? wuhuu... tak dengar kata aka degil tu bese la kan. Haa..ni nak cerita pasal sorang sepupu aku yang dengar kata abes la. Bagus betul cara mak dia asuh dia nih. Aku agak admire jugak la mak cik aku ni. Walaupun kerja, tapi dapat urus rumah dan keluarga dengan amat baek! Cerita ni boleh juga dikategorikan pasal kanak-kanak sangat jujur or lurus. Kalau lah semua pun camni.....

Tersebutlah kisah kat meja makan...

Budak kecik ni (aku panggil dia kakak), sedang dia makan nasi, tetiba dia menangis..sob3~
Pastu mak dia tanya la....

Mak: Nape kakak nangis ni?
Kakak: Tamo kawan ngan setan....
Mak: Yelah, takde sape suruh kawan ngan setan pun. Nape tiba2 nangis ni?
Kakak: Kakak tak abes nasi ni. Kalau makan tak abes, nanti kawan ngan setan..uwaaaaa~~~

Hahahaha....lawak je budak ni. Rupa-rupanya mak cik aku ni pernah cakap kat dia "kalau makan nasi tak abes nanti kawan ngan setan sebab membazir. Membazir tu amalan syaitan" huhuuu..... Kalau aku la, tak de nye nak nangis sebab makan tak habis (ehh sebab aku makan selalu habis je.hak3!~)

Hm.... lurusnya pemikiran seorang budak. Tiba-tiba teringat lak dialog dalam cerita Shin Chan (kartun yang sikit merosakkan budak-budak)..."kazama, cuba awak bersikap macam budak skit. Berterus terang kan bagus". Ada kaitan tak ek ngan cerita ni? Ahhh...biarkan saja~

I really miss my childhood time but I also cant wait to go through my future life~~ (u know wat is it about the future? ahaa~)

Wednesday, May 26, 2010

Sakit yang tiada ubat

Semalam aku tertengok satu cerita kat tv. Tajuk cerita tu apa tah. Norman berlakon jadi saintis. Sekali dia buat ubat boleh jadi muda balik. Then dia try kat mak ayah dia. Maka jadi mudalah orang tua itu. Bayangkan nenek yang dah berkedut tu bertukar jadi Irma, atuk pulak jadi Danny. Cun gila nenek n ensem gila atuk.isk3.... Pastu bf cucu dia siap boleh jatuh cinta dengan nenek aka irma tu. Adusss....tah pape je cerita ni. Cerita ni sah2 tak boleh pakai.

"Ada dua jenis penyakit yang tiada ubat; penyakit tua dan penyakit mati."


So, kita sebagai manusia kenalah terima kenyataan. Dari baby jadi kanak2, then remaja ,dewasa, orang tua.. Yang muda akan jadi tua. Kulit yang dulunya tegang dah jadi berkedut. Tak payah la cucuk sana cucuk sini untuk kelihatan muda. Kalau dah cucuk tu, muka tak senyum pun nampk macam senyum.hehehe... Jadi, terimalah kenyataannya dan bersyukurlah kita.....

Note: Terfikir plak, nanti aku dah tua cane yer.hmmm.....

Thursday, February 4, 2010

Budak pandai @ malas?

Di suatu hari berlangsung nya kelas pendidikan seni, seorang cikgu memberi tugasan kepada anak muridnya supaya melukis. Tajuk lukisan adalah bebas. (bukan renang kuad bebas).

******

Selepas 15 minit, cikgu tersebut melihat hasil karya anak muridya, Awis (nama hanya rekaan semata-mata). Nak tengok macam mana lukisan dia? Cam ni haaa..........Aik? kosong je??

walaupun gambar ni kosong je,
aku nak letak gak thekencana.blogspot.com...hehe


Cikgu tu pelik lalu bertanya:

Cikgu: Mana lukisan kamu Awis. Kan tadi cikgu suruh lukis.
Awis: Ni cikgu. (sambil menghulurkan lukisannya kepada cikgu)
Cikgu: Nape kamu tak lukis pape pun ni Awis? Kosong je kertas lukisan ni.
Awis: Saya lukis anak ayam makan padi la cikgu.
Cikgu:Ooooooooo (sambil memuncungkan mulutnya). Habis tu, mana anak ayamnya?
Awis: Anak ayam dah lari la sebab dia dah kenyang.
Cikgu: Padi?
Awis: Padi dah habis kena makan dengan anak ayam tu la cikgu.
Cikgu: @#$%^&*! ???!!

Note1: Sememangnya sikap manusia suka mencari alasan!
Note2: In certain case, kadang-kadang kelentong ni bagus gak.hihi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails