Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Monday, March 29, 2010

Akhirnya! Alhamdulillah....

Alhamdulillah...Dengan limpah dan kurniaNya akhirnya dapat juga saya menyiapkan final year project (FYP) saya walaupun tidak seberapa sempurna..huuu....ayat skema ohh..haha

Actually hari ni aku present fyp. Maka berakhirlah debaran-debaran dan kesibukan ku selama ini. Dah lama aku tak update blog sbb benda ni lah.hah, salahkan dia cepat.cepat!haha...

Padahal kan kan, takde lah sampai 24 jam kerja aku tertumpu kat fyp je (memamg tak pun, ngadap komputer je keje.hehe). Tapi bila kepala asyik duk fikir benda tu je, satu kerja lain pun tak jalan. Otak dah penat, then tak ada idea nak tulis apa. And, sampai bilik pun tak berkemas. Alasan2! pemalas!!hoho~

Tapi............................ada lagi benda tak setel ni. Hardware belum present lagi kat examiners. Dah la tadi masa aku present one of the examiners tak de, memang la best present dia takde sebab tak kene shoot tp nanti time present hardware mesti banyak gila soalan dia tanya..uwaaaa..... (examiner aku takot tuh, prof kan.huhu...)

Tapi papepun, dah rasa lega skit. Tinggal 2 mini projek lak nak kena setel sebelum final ni. isk isk!! fenin~~

Tuesday, March 9, 2010

Why I hate 13

Hello readers...cewah cam ramai je baca blog aku nih...

Hm...da lama sangat tak update ni. Busy sesangat sekarang. Kerja bergunung bak gunung everest diselaputi salji-salji nan putih bersih.uhuu~~

WHY I HATE 13?

Sebab week 13 ni ada 2 mini projek kena submit dan presentation FYP. 2 mini projek tu pun kena wat report ala-ala thesis FYP gak. 1 projek tu kena wat javascript programme untuk natural language understanding (NLU). Ada sape2 sini terer tak? boleh buatkan programnya kah?*wink*

Sekarang ni dah week 10. Next week hantar thesis, week 13 present, week 14 end of kuliah and week 15 final exam... Tak de study week. Selama aku blajar ni, seingat aku masa first year je kot dapat rasa study week. Selalunya, hari jumaat ada presentation or class, hari isnin dah start final..Aduss.... sakit-sakit!!

And my FYP? Rasa-rasa cam kena extend je. Padan muka tak wat sungguh2 sangat. Tapi supervisor aku bagi extend tak ni?aduss...da bape kali aku gi cari tak jumpa2 dia ni. Kalau extend means duk sini sampai bulan 7. Boringnya...nanti kita kuar jalan2 sama2 nak? (kita merujuk kepada sapa2 yang baca ni ;D)

Tak pasal-pasal lak benci 13.hehe~

Friday, February 19, 2010

Saya ambil dadah, saya dah tak tahan

Yer aku baru je lepas ambik dadah. Percayalah...

Asal dadah menjadi ubat. Salah guna tu yang jadi cerita lain.

Dua hari lepas demam melanda diriku. Baru pulang dari kampung, terus demam. Kalau demam kat kampung, ada ma tolong picit-picitkan.hehe...

Dah lama atceli aku tak demam. Last demam, dua tahun lepas kalau tak silap. And kalau sakit jangan harap aku nak makan ubat. Sebab tu kalau batuk boleh sampai sebulan tak baik-baik. Bagi aku makan ubat kalau sakit amat-amat je. Nanti jadi ketagih macam aku ketagih kopi.ngee~~

Tapi semalam aku berjaga sampai pagi walaupun tak sedap badan lagi. Dekat pukul 7 pagi baru start nak tido. Duk guling-guling atas katil, 2 jam tak boleh tido lagi. Lalu aku bingkas bangun pergi makan ubat dengan perut kosong. Rasa semacam je perut aku. Itulah..orang jarang makan ubat. Mkn ubat ngan perut kosong.isk isk....

Sekarang dah ok pun. Batuk-batuk je sikit. Esok nak gi main boling harap-harap bertenaga lah.huhu...

Note: Lepas ni nak gi sambung tido.. ZZzZZZzzz~~~

Wednesday, February 10, 2010

Budak C vs budak S

CS...counterstrike..yeah...sila abaikan

Aku nak cerita kisah 2 budak comel @ somel. Mereka 2 orang ni adik beradik (sepupu aku). Si kakak bila sebut perkataan yang bermula dengan huruf s akan jadi c dan si adik vice versa.

Kakak: Mok, nok cabun.
Adik: Saloh kakak sebut tu. Bukan cabun la, sabun.


*********

Sedang mereka mewarna....

Adik: Dia suruh warne somel-somel ni...
Kakak: Comel la, bukan somel.
Adik: Betul la somel, bukan comel.

Ok, kakak mengalah je ngan adik dia. Bagus-bagus. Ni la gambar dorang. Dah besar pun. Somel kan? (aku pun da terikut bahasa si adik :D )



Teringat lak kisah aku ngan kakak nombor 2 aku masa zaman kecik-kecik dulu. Beza umur kitorang setahun je. Aku masa masa kecik ganas tau. Tak caya sudah. Akak aku tu selalu je kena cakau ngan aku.hehe... Memang yang mengalahnya akak aku la. Dah besar pun asyik gaduh lagi. Tapi sekarang dia dah kahwin, aku pun dah matang (matang ke..??). So, dah lain sikit. Dah jadi lebih mesra dan cakap sopan-sopan skit. Tapi bergurau gila-gila kitorang tu still ada lagi la. Haih, rindunya.........anak dia. hihihi...

*********

Sebut pasal mengalah, kadang-kadang mengalah ni perlu. Contohnya mengalah dengan pasangan. Selalu orang kata pasangan ni tak boleh sama unsur (unsur tanah, air, api, angin.). Sebabnya kalau dua-dua orang unsur api, kalau bergaduh alamaknya takde yang mengalah la jawabnya. Dua-dua nak menang.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Kalau nak cerita panjang lak. See in the next entry la.hehe...

Teka-teki: Saya unsur apa? :)

Note: Lusa balik kampung. Esok kita pergi shopping dulu. yahuuu....*lompat sampai kene siling* :D

Monday, February 1, 2010

Berita sedih

Got this message....

"for those yg kenal norlis,please i wanna inform u'oll that she is now in GH penang...she got brain tumor,dia sgt2 kurus n tak bermaya tp still got strong spirit...sapa2 yg ade masa g la melawat dia kat GH penang,ward A2 block A tgkat 2...8th feb,on operation..sgt sedey tgk dia........give her full support k!!thanks"


Norlis tu kawan aku kat matrik (Kolej MARA Kulim) kelas J. Seorang gadis yang ceria, happy go lucky dan boleh dikatakan agak 'gila-gila'. Walaupun kat matrik kitorang tak berapa rapat, tapi bila dengar berita ni....sangat, amat terkejut dan sedih sangat-sangat. Kalau orang yang rapat dengan dia apatah lagi especially her family.

Di sini saya ingin memohon sahabat-sahabat saya berdoalah untuk kawan saya ni. Semoga Norlis dan keluarga diberikan kekuatan menepuh dugaan itu dan semoga operation itu success. InsyaAllah.....

*******

(Lampiran)
En. wiki cakap:

A brain tumor is an abnormal growth of cells within the brain, which can be cancerous or non-cancerous (benign). It is defined as any intracranial tumor created by abnormal and uncontrolled cell division, normally either in the brain itself (neurons, glial cells (astrocytes, oligodendrocytes, ependymal cells), lymphatic [ifd, blood vessels), in the cranial nerves (myelin-producing Schwann cells), in the brain envelopes (meninges), skull, pituitary and pineal gland, or spread from cancers primarily located in other organs (metastatic tumors).

Micrograph of an oligodendroglioma, a type of brain cancer


Note: Ingatlah nikmat sihat sebelum tiba waktu sakit.

Sunday, January 24, 2010

Blog ko banyak mengarut la!

"Aku heran la, nape la blog ko ramai yang suka dan follow? Dah la cerita mengarut, tak ada ilmiah langsung!"

>>Hey, blog dia, suke hati dia la, nak mengarut ke apa ke, yang ko sebuk pesal? Ko dengki blog ko tak ramai peminat? Tak ade orang nak follow blog ko?


Aiseh, dah dah jangan nak gaduh. Jalan sana sini kat blog blogger, macam-macam yang kita boleh dapat dan macam-macam jenis blog yang kita jumpa. Dan macam-macam jenis orang juga. Ada blog mengenai ilmiah, agama, lawak, fesyen, bisnes, personal life etc etc. Even blog tu dari 'genre' yang sama i.e blog ilmiah,tapi cara masing-masing menyampaikan idea dan kupasan pun berlainan. Lain orang, lain cara. Kalau semuanya sama, boring! boring!

Aku pernah la terbaca, ada yang mengutuk blogger seperti ayat berwarna merah di atas (tapi tu ayat aku sendiri la). It just simple like we go to bookshop or library. Ada macam-macam jenis bacaan. Depends on us to choose what kind of book we want to purchase or read.

Cuba korang bayangkan, kalau semua bahan bacaan berbentuk ilmiah or semua pasal bisnes. Ohh, boring, boring! Kekadang, bila dah penat study, nak jugak rehatkan otak baca something yang boleh buat kita tergelak, happy macam baca blog zackzukhairi..heee~

Tapi kadang-kadang datang mood 'serius', then singgah pula di blog-blog islamic or isu-isu semasa. Pastu nak tengok life orang berada, fesyen dan beg cantik-cantik, aku singgah lak kat PD. Suka betul baca blog dia ni. Orang ada-ada but still kind of humble and nice2. Nak membaca pun ikut mood gak kan.

Lagi?nak baca pasal artis, jalan-jalan plak kat ohbulan, murai dan memacam lagi.

Blog aku ni?blog aku ni genre apa pulak?hehe... Blog aku ni, aku buat sebab boring stay kat kolej masa cuti semester lepas. So, takde la update hari-hari. Aku tulis apa saja yang terlintas. UNIVERSAL! ye ke?hehe....

So, kesimpulannya, pilihlah apa pun jenis blog yang kita suka untuk dibaca dan difollow. Jangan nak mengutuk blog orang je. We're free to write. Kata demokrasi. Tapi bila kata free to write boleh la kutuk-kutuk orang yer?hmm... Berpada-pada lah, kita orang Melayu penuh adat sopan. Tak gitu?

Note: Entri yang takde gambar.

Tuesday, January 12, 2010

We should spend some time with them

Taman Sinar Harapan

Entri lepas aku ada sebut pasal Taman Sinar Harapan (TSH). A bit description about this place:

(For children with disabilities aged 7-14 years. Provides shelter, living skills training, therapy and rehabilitation. Other services include, Snoezelen, Hydrotherapy, Computer training, Counselling, Reflexology, Music and Social activities.)

Aku pernah la jadi volunteer di TSH masa cuti semester bersama kawan2 dan adikku. At first, aku ingatkan TSH is rumah orang tua tapi sebenarnya untuk kanak-kanak. (Uwaa...macam mana ni?? Awal2 dah set mind rumah orang tua). Mula2 memang sangat kekok sebab don't know how to handle them, tapi lama2 ok la sikit.Antara aktiviti yang kami buat ialah; ajar kelas melukis, kelas terapi (ye ke ek), kelas jahitan, tolong masa makan, dan bermain2 dengan mereka.

Come meet some of them (ni antara mereka yang rapat dengan aku, ramai lagi atceli)

Fatin: Hiperaktif sikit. Terer nyanyi ni. Mengaji pun terer. Dulu sekolah agama. Tak tahu macam mana boleh end up di TSH. (Ni pekerja kat situ yang cakap)
Edayu: Sakit sawan gila b***
Normah: Kakak dia kerja. So, tiada siapa dapat jaga dia. Kalau duduk rumah nanti akan merayap merata-rata.
Naim: Nelang ni. (maksudnya cam samseng la.huhu). Kalau tengok macam ok je.
Kak Long: Paling tua di situ.
Mok Su: Down Sindrome. Comel dia ni.
Shuhada: Anak yang dijumpai tidak tahu siapa ibu dan bapa.

Antara perbualan aku dengan mereka:

(Dialog versi terengganu lah)

Aku: Rumoh Naim mane?
Naim: Kelantan
Aku: Mok ayoh biase mari lawat dok?
Naim: Biase
Aku: Shuhada? Rumoh mane?
Shuhada: Kite mane ade rumoh. Kite anok buang kang.
Aku: Eh, dok baik kate gitu.
Shuhada: Betul la Kak Farah. Kalu dok caye tanya Abang *tak ingat nama dia*. Dia la jumpe kite.

Terkelu lidahku.uhuuu....Macam mana dia tahu kisah dia. FYI Syuhada la yang paling rapat dengan aku. Pernah sekali dia tak bagi aku balik sampai nangis2. Aku pun tumpang menangis sekali la :"-(

Kadang2 kitorang pergi bawak gula2, belon ke. Then one of them said:

Normah: Kalu akak mari kite suke doh. Dok bawok makanan pun dakpe.

Sebenarnya mereka ni mahu perhatian dan kasih sayang je dari kita. Datang melawat pun jadilah. Tapi yang penting mestilah ikhlas. Haa, jangan tak tau, anak Idris Jusoh pun ada sekali dengan kami jadi volunteer. Katanya mak dia yang suruh.hmm...(weh tak baik la cakap pasal orang.ooppsss)

Rindu plak kat diorang ni. Dah lama sangat tidak menjenguh ke sana. Last time aku pergi, dah ada pekerja baru yang muda. Dulu, hanya mak cik je yang bekerja di sana.

I've include some of their pictures:

Makan Time


Kelas Menjahit


Hari JOC-V @ Japanese Organisation Charity -Volunteer (betul ke nih)
Nama melayu yang main gitar tu Iskandar *wink2*


Hari Sukan


Memori Kita Bersama

Nota: (Eh ingt mengarang karangan sekolah ke.huhu)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails