Tuesday, January 12, 2010

We should spend some time with them

Taman Sinar Harapan

Entri lepas aku ada sebut pasal Taman Sinar Harapan (TSH). A bit description about this place:

(For children with disabilities aged 7-14 years. Provides shelter, living skills training, therapy and rehabilitation. Other services include, Snoezelen, Hydrotherapy, Computer training, Counselling, Reflexology, Music and Social activities.)

Aku pernah la jadi volunteer di TSH masa cuti semester bersama kawan2 dan adikku. At first, aku ingatkan TSH is rumah orang tua tapi sebenarnya untuk kanak-kanak. (Uwaa...macam mana ni?? Awal2 dah set mind rumah orang tua). Mula2 memang sangat kekok sebab don't know how to handle them, tapi lama2 ok la sikit.Antara aktiviti yang kami buat ialah; ajar kelas melukis, kelas terapi (ye ke ek), kelas jahitan, tolong masa makan, dan bermain2 dengan mereka.

Come meet some of them (ni antara mereka yang rapat dengan aku, ramai lagi atceli)

Fatin: Hiperaktif sikit. Terer nyanyi ni. Mengaji pun terer. Dulu sekolah agama. Tak tahu macam mana boleh end up di TSH. (Ni pekerja kat situ yang cakap)
Edayu: Sakit sawan gila b***
Normah: Kakak dia kerja. So, tiada siapa dapat jaga dia. Kalau duduk rumah nanti akan merayap merata-rata.
Naim: Nelang ni. (maksudnya cam samseng la.huhu). Kalau tengok macam ok je.
Kak Long: Paling tua di situ.
Mok Su: Down Sindrome. Comel dia ni.
Shuhada: Anak yang dijumpai tidak tahu siapa ibu dan bapa.

Antara perbualan aku dengan mereka:

(Dialog versi terengganu lah)

Aku: Rumoh Naim mane?
Naim: Kelantan
Aku: Mok ayoh biase mari lawat dok?
Naim: Biase
Aku: Shuhada? Rumoh mane?
Shuhada: Kite mane ade rumoh. Kite anok buang kang.
Aku: Eh, dok baik kate gitu.
Shuhada: Betul la Kak Farah. Kalu dok caye tanya Abang *tak ingat nama dia*. Dia la jumpe kite.

Terkelu lidahku.uhuuu....Macam mana dia tahu kisah dia. FYI Syuhada la yang paling rapat dengan aku. Pernah sekali dia tak bagi aku balik sampai nangis2. Aku pun tumpang menangis sekali la :"-(

Kadang2 kitorang pergi bawak gula2, belon ke. Then one of them said:

Normah: Kalu akak mari kite suke doh. Dok bawok makanan pun dakpe.

Sebenarnya mereka ni mahu perhatian dan kasih sayang je dari kita. Datang melawat pun jadilah. Tapi yang penting mestilah ikhlas. Haa, jangan tak tau, anak Idris Jusoh pun ada sekali dengan kami jadi volunteer. Katanya mak dia yang suruh.hmm...(weh tak baik la cakap pasal orang.ooppsss)

Rindu plak kat diorang ni. Dah lama sangat tidak menjenguh ke sana. Last time aku pergi, dah ada pekerja baru yang muda. Dulu, hanya mak cik je yang bekerja di sana.

I've include some of their pictures:

Makan Time


Kelas Menjahit


Hari JOC-V @ Japanese Organisation Charity -Volunteer (betul ke nih)
Nama melayu yang main gitar tu Iskandar *wink2*


Hari Sukan


Memori Kita Bersama

Nota: (Eh ingt mengarang karangan sekolah ke.huhu)

2 comments:

Fatin Nabilah Noordin said...

hu3,,,bestnyer...kite nk sgt buat kebajikan dgn pergi rumah2 org cmni...xpom p umah org tua2 ke p umah ank yatim ke...bestnyer...hu3...

Unknown said...

best2...buat kt bersyukur ngan pe yg kt de. slalu kitorg g 3 or 2 kali smgu .da lame sgt xg, rs segan lak kalo g nnt.hope dorg ingt lg la kitorg.hehe..
kalo duk trg, ley la join skali ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails