Friday, January 22, 2010

Tart telur unta??

Semalam adalah hari makan aku.. Aku makan pagi= donat+ karipap + tepung pelita (trg pgl ni), petang = mee sup, malam = bihun goreng + nasi goreng kampung. Lepas beli nasi goreng, singgah The Baker's Cottage beli tart telur + tart telur macau + japanese cookies.


Aritu beli japanese cookies ni saje nak try, sedap lak. So, semalam pergi beli lagi. Tat telur? aku suka ohhhhh~~~
Antara dua tart telur kat atas ni, aku lagi suka macau tart telur. Craving for more.
Tapi takde la tat telur unta.hehe....Kalau guna 1 biji telur unta tu, boleh dapat tart besar mana yer..eeeiiiiiiiii....

Resepi Tart Telur

Bahan-bahan:


bahan kulit
500 gm tepung gamdum
1½ cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
½ s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning


Cara:

Cara membuat pastry.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil (petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.

cara membuat kastard
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.

Cadangan Hidangan:

Dihidang untuk minuman petang.

Note: resepi tu tak pernah try, curik dari mesra.net.

update: tart telur burung unta atceli instead of unta.cam mane aku ley xpasan.sejak bler lak unta bertelur nih,,hahahaha..my bad...

2 comments:

Sendra said...

wahhhh..entry resepi kueh tart!!terasa macam tribute utk blog kueh tart pula..uishh,klu boleh buat entry resepi cheese tart..owhh..sgt lahh sedap okeyhh!!

keep up the good job!!sendra support!!

Hana Ghazali said...

thanx sendra support me...tp i mmg suke la tart telur ni...huhuu....sedapnye..nyum2...
pasni layan cheese tart lak~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails