For the intro, sila rujuk entry ini Mimpi Bersiri: Kawen. Ini lak mimpi bersiri yang kedua.
Situasi:
Dahulunya A berkawan agak rapat dengan B. Akan tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka sudah tidak berkawan dan tidak berhubung lagi. (ni bukan tamo2 kawan cam budak kecik k)
Episod 1:
Di tempat boling, A ternampak B dari jauh setelah sekian lama tidak berjumpa. Dia mengelak untuk terserempak lalu mengambil keputusan untuk beredar dari situ.
Episod 2:
A dan B terserempak di suatu tempat. Akan tetapi A tidak mempedulikan B dan beredar.
Episod 3:
B cuba untuk berborak-borak dengan A tetapi A sekadar mendengar dan buat-buat tak endah je.
Episod 4:
B cuba berborak-borak lagi dan sudah mula ada respon daripada A.
Episod 5:
A berjalan-jalan dan ternampak B, dan B menuju ke arahnya. A menyambut baik kedatangan B dan tersenyum dari jauh lagi. A sudah mula senang dengan B. Dan mungkin sudah memaafkannya.
~The End~
Disebabkan mereka bertemu di tempat boling, so aku sertakan gambar kat tempat boling. Semalam aku join Bowling Tournament IEEESB UPM. Main untuk suka-suka je. Tak sangka pulak dapat no. 3. Hamper tu selamat lagi. Ok ok kategori perempuan je bukan keseluruhan.
Note: Mimpi itu mainan tidur.
No comments:
Post a Comment