Wednesday, February 10, 2010

Budak C vs budak S

CS...counterstrike..yeah...sila abaikan

Aku nak cerita kisah 2 budak comel @ somel. Mereka 2 orang ni adik beradik (sepupu aku). Si kakak bila sebut perkataan yang bermula dengan huruf s akan jadi c dan si adik vice versa.

Kakak: Mok, nok cabun.
Adik: Saloh kakak sebut tu. Bukan cabun la, sabun.


*********

Sedang mereka mewarna....

Adik: Dia suruh warne somel-somel ni...
Kakak: Comel la, bukan somel.
Adik: Betul la somel, bukan comel.

Ok, kakak mengalah je ngan adik dia. Bagus-bagus. Ni la gambar dorang. Dah besar pun. Somel kan? (aku pun da terikut bahasa si adik :D )



Teringat lak kisah aku ngan kakak nombor 2 aku masa zaman kecik-kecik dulu. Beza umur kitorang setahun je. Aku masa masa kecik ganas tau. Tak caya sudah. Akak aku tu selalu je kena cakau ngan aku.hehe... Memang yang mengalahnya akak aku la. Dah besar pun asyik gaduh lagi. Tapi sekarang dia dah kahwin, aku pun dah matang (matang ke..??). So, dah lain sikit. Dah jadi lebih mesra dan cakap sopan-sopan skit. Tapi bergurau gila-gila kitorang tu still ada lagi la. Haih, rindunya.........anak dia. hihihi...

*********

Sebut pasal mengalah, kadang-kadang mengalah ni perlu. Contohnya mengalah dengan pasangan. Selalu orang kata pasangan ni tak boleh sama unsur (unsur tanah, air, api, angin.). Sebabnya kalau dua-dua orang unsur api, kalau bergaduh alamaknya takde yang mengalah la jawabnya. Dua-dua nak menang.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Kalau nak cerita panjang lak. See in the next entry la.hehe...

Teka-teki: Saya unsur apa? :)

Note: Lusa balik kampung. Esok kita pergi shopping dulu. yahuuu....*lompat sampai kene siling* :D

4 comments:

a3manul na3m said...

Unsur AIR!! btol x??

Hana Ghazali said...

tetttt...salah.sila cube lagi.. :D

nawza_terbaek said...

macam avatar the last bander...
hahaha...unsur air,bumi n api...hahaha

Hana Ghazali said...

uhh lam avatar de psl ni eyh?xpasan pun.huuu~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails