Saturday, January 29, 2011

Kisah sadis kena tinggal!

Kisah 1:
Ni kisah pak cik aku yang mengambil pulang anaknya dari sekolah. Anaknya yang bernama Farah tu, sebelum dia masuk kereta dia campak dulu beg dia dalam kete. Then, Dang~ (bunyi tutup pintu kete, camni ke bunyi nye? ;p) Lepas tu dia pergi mana tah kan. Ayah nya pun dengan senang hati bawak kereta. Sampai lah dia sedar anak dia tak ada kat belakang sebab senyap je..terpaksalah patah balik..sebbaik dekat je..hahaaha

Kisah 2:
Ayahku pergi jalan jauh dengan 2 orang kawannya. Pastu kawannya yang duk depan nak gi toilet. So, berhenti dekat stesen minyak. Dah lama skit brenti, tiba2 yang duk belakang tu pun kluar jugak,  bunyi tutup pintu kereta. Orang dah lama kuar gi toilet dia baru nak kuar. Ayah aku pun jalan jela sebab ayah aku ingat dia masuk kete, padahal baru kuar. Then, ada bunyi telefon kat belakang. Ayah aku kata " angkatlah telefon tu, tidur ke xangkat tu".. Tak terangkat jugak. Telefon ayah aku plak bunyi lepas tu. Orang yang telefon tu cakap "si A tu ada kat stesen minyak lagi.. cuba tengok belakang". Seram jugak tadi rupanya ayah aku cakap sorang-sorang.hahaha... Tadi telefon yang bunyi kat belakang tu telefon si A. Dah takde orang angkat, dia telefon kawan dia suruh telefon ayah aku. Dia tak ingat nombor ayah aku kot.. Dah jauh kot...sian3...ish ish ish..hahahah...apelah..

Kisah 3:
Pak cik aku dengan mak cik aku, kisah naik motor. Mak cik aku naik motor, then turun balik sebab nak betulkan kain. Pak cik aku boleh jalan terus je. Padahal dah jerit, tak dengar jugak. Hahaaha...orang yang ada time tu gelak la pe lagi..

Kisah 4:
Ada sorang budak ni dia ikut ayah dia pergi majlis burdah. Tempat dia, rujuk entry ini dan ini. Selalunya dia pergi dengan orang lain. Ayah dia ni balik lambat sikit. Masa tu tinggal sikit je orang yang belum balik. Tiba-tiba budak tu nak tettt... Dia pun pergi la toilet. Bila dah kuar toilet tengok2 kereta dah takde. Apa lagi...nangis la. Nangis dia macam ni.. Duduk mengcangkung, pastu bunyi la sobsebsobseb. Pastu datang la orang tua kat situ dia tanya nape nangis. Budak tu cakap dia kena tinggal. Nasib baik mak cik tu kenal budak tu. Dia pun hantar budak tu balik rumah. Budak tu...............................aku la tu...hahahaha... Balik rumah kena gelak, bukan orang nak kesian pun.uhh! Kenangan...kenangan...sampai sekarang pun kena gelak lagi...

Note: Hari ni cadangnya nak gi kenduri kak aini kawen (ex-kosmet), tapi tak dapat keizinan dari ayah plak..sori yer akak. Ana doakan akak bahagia dunia akhirat.. nanti dapat anak comel2, soleh dan solehah yer ;)

2 comments:

A3manul Na3m | ايمان النعيم said...

penah gak terjadi kejadian macam ni... malu pun ada, lawak pun ada.... hahahhah

Hana Ghazali said...

mase terjadi tu malu la kan..lepas tu jd bhn lawak lak..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails