Tuesday, January 26, 2010

Sekarang klik je, tidak perlu pangkah-pangkah

Hari ini adalah hari membuang undi di UPM untuk memilih MPP baru untuk semester depan untuk menegakkan hak pelajar UPM. Haih, berapa banyak untuk daa...

Sistem yang digunakan di UPM adalah e-undi. Pada pendapat korang, e-undi atau undi pangkah-kat-kertas lagi bagus? Ramai yang tidak menyokong e-undi ni. Kenapakah? Senang apa. Masukkan no matrik, kata laluan, then click je pada calon-calon yang berkenaan (yang hensem dan yang cantik.isk isk). Disebabkan tidak mengenali calon, so main click je la kan, dengan hanya melihat luaran sahaja. And one more thing, nak kira undi pun senang.

Tapi e-undi ni, ada keburukannya. Malas lak nak cerita. (malas nak cerita ke tak tahu.huk2)

Bila tiba musim mengundi macam ni la jadi. Sampah merata-rata. Eh bukan sampah tu, tapi dah jadi sampah. Biasalah....

Ini bukan depan bilik aku. Aku tak buang sampah merata-rata.ngee..


Sila teka plat no motor di atas kalau nak hadiah. (eh tak tak)


Apa perasaan korang kalau itu gambar korang dan di pijak-pijak dan di sepak terajang..erkk....

Agak-agak siapa menang? Sure la aspirasi menang kalau kat UPM ni. Tak kesah la, tahun depan aku dah tak ada kat UPM. InsyaAllah..... (ek eleh, macam ko pernah kesah lak hal2 politik ni)

Note: Ntah pape je rase entry ni...

4 comments:

Fiq said...

apasal tak jadi wakil calon?=p

Unknown said...

sebab kan da final year, xkan nk jadik calon gak :P...
padahal mmg xminat mende2 ni, n xreti jd pemimpin2 nih..huhu

Solehah said...

banyak kot keburukannya..kan2..kecuali benar2 telus takpa..ada jaminan telus?

Unknown said...

aah..byk sgt keburukan sbb tu mls citer nt jd pjg lebar.hehe...
data org ley ubah.hack ke pe ke...
kalo e-undi is the best, mesti pilihanraya kat msia ni da gune sistem tu.kan3..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails