Entri ni pasal tazkirah sikit. Yer, aku tidak layak untuk menulis pasal ini. Tapi ini untuk peringatan untuk semua dan aku jugak.huhu...
Di sini aku nak kongsi apa yang aku dengar dari ceramah Ustaz Azhar Idrus. Kenal tak ustaz ni? Beliau adalah penceramah dari Terengganu. Beliau sangat femes bukan sahaja di Terengganu malah juga di negeri lain. Ceramah beliau boleh dikatakan agak sempoi2 + kelakar dimana ia menarik orang muda untuk mendengarnya.
Ceritanya pasal pesan memesan sesama manusia. Situasi ini selalu berlaku bila ada yang menegur kita berbuat sesuatu keburukan. Ada sesetengah akan menjawab:
" Suka hati aku la. Jangan kacau hal orang boleh tak? Kubur masing-masing!!"
YER!! kubur masing-masing. Akan tetapi, tidak sedarkah kita apabila kita meninggal dunia kelak, mereka-mereka itulah yang akan menguruskan kita.
Petikan dari Ustaz Azhar: (ayat bukan sebijik camni la. Aku pun da lupe.hehe)
"Sedak kate kubur masing-masing. Mase mati bukan mu masuk sendiri dalam kubur. Hok tegor mu tu la hok uruh mu kekgi bila mati. Kalu masuk sendiri dakpe la nok kate gitu pon. Ke guane? Kalu orang tegor jangan la jawab gitu. Kurang-kurang, dok payoh jawab nape-nape. Berat nanang (ayat peberet ustaz nih.hihi).."
Owh sungguh tidak layak rasanya berbicara tentang ini. Ini pun kira pesan memesan juga la kan? Aku pun selalu jugak kena ceramah dengan ayahku. Biasanye, bila aku tengah kena 'basuh', aku akan senyap je. Semacam tidak ada respons, menunduk je. Kata yer pun tidak, tidak pun tidak. Macam tak layan je apa yang ingin disampaikan. Tapi ketahuilah wahai ayahku, aku dengar dan simpan apa yang dicakapkan itu. Tapi simpan, peram lama2. Kalau peram ikan bilis takpe la jugak, jadi budu. Sedap untuk di makan. (uwaa...nak balik..nak balik!!). dah! dah!!...Ini dengar je, tapi tak amalkan. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jahatnya aku ni (-_-").
Dan marilah kita pesan memesan antara kita. (pesan beli makanan boleh tak?Eh ko ni kalo tak cakap pasal makan tak boleh ke haa?huhu)
Nota: Aku insan yang lemah....
4 comments:
berat nanang boh.
juruh molek wak entry gini.
insaf beto sek kite
ustaz azhar kalo wi ayt sute mmg kene dokek molek ah..owk?
dokek pah atas paler, neting plop pah atas atap... he3!!~~
tu ah psl.hehe...
tamboh2 ckp trg pure tu..
Post a Comment