Thursday, December 31, 2009

pejam celik, sudah 3 tahun setengah kita bersama.....


Hari ini hari ketiga kuliah untuk semester kedua (tahun keempat) means that this semester will be my last semester in UPM (InsyaAllah). Cakap pasal start belajar balik ni, aku rasa nak cakap pasal kawan lak.

Bila kat universiti ni, kawan2 la jadi tempat mengadu, tempat mengada dan tempat bermanja, errkk....Maklumlah rumah kan jauh.

Orang kata nak cari kawan ketawa ni senang, tapi kawan menangis amatlah susah. Ada sorang kawan aku ni, dia menipu dia tu anak angkat kat kawan2 baek dia, untuk tahu samada kawan2 dia tu boleh menangis dengan dia atau tak (pada yag berkenaan, sori :P). Aku tak de la wat sampai camtu skali sebab aku kalau menipu macam tu tak tahan lama. Nanti tak sampai 2 minit aku da gelak dulu.hehe.... And tak sampai hati lak.

Meet my bestest buddy at UPM

Gambar kat atas ni la kawan yang selalu dengan aku kat UPM ni (Ecah, Izzati & Maznah). Sedar tak sedar dah tiga tahun setengah kita bersama. Kitorang ni memang selalu berempat. Ada classmate gelar kitorang F4 sebab jalan mana2 pun selalu berempat. Kalau kitorang jalan 3 orang je, nanti ada la yang tanya "mane sorang lagi?" Pergi kelas, makan pun berempat. Kalau makan tengahari tu, pukul 12.30 terpacak la kitorang kat bawah. Dah jadi rutin kot.

Tapi yelah, lain orang lain ragam nya. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tipulah kalau kata kitorang tak pernah gaduh sepanjang berkawan ni. Adat la tu kan. Asam garam kehidupan. Maybe ada certain part kita memang sekepala, but other parts we are not. Bila teringat balik time2 gaduh tu di masa akan datang, mungkin menda tu boleh buat kita tersenyum. "Tak matang nye aku time tu, mende camtu pun nak gaduh" hehe.... Kalau ada terasa atau terkasar bahasa tu mintak maaf banyak2 la ek.

Banyak suka duka yang kita dah lalui bersama kan. Dah habis belajar nanti jangan lost contact tau. Walaupun rumah jauh2. 2 orang kat Terengganu, sorang kat Perak and sorang lagi kat Johor. Kalau ada apa2 hal jangan lupa bagitau. Ermm, sape kawen dulu, mereka yang bujang blanje makan besar (kalau yang ni, aku kawen dulu la), or shud sape kawen dulu die yang kene blanje mereka yang bujang?(kalau yang ni, aku kawen kemudian la) hehehe....

Pape pun aku sayang lah korang sume. I love you all lah...

With love,
Ana ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails