Tuesday, December 22, 2009

Pengsan Dalam Tren??

Semalam aku gi Mid Valley dating dengan adikku, Cah. Purpose berjumpa adalah untuk memberi serba sedikit barangan dari kampung (Fox Island Ville) dan yang pentingnya my new broadband.hehe...

Nak balik kolej, aku naik komuter. Yela, nak naik apa lagi kan. The tren keeps on delayed (betul ke BI aku nih..hihi). Tunggu punyer tunggu, tren yang sepatutnya sampai kul 5.30, kul 6 baru sampai. Kira ok la tu 1/2 jam kan (tak ok langsung k!). Sebbaik dapat gak aku masuk. Ramai amat orang dalam tren hari tu sebab tren delay, weekend, Christmas Day tak lama lagi and not to forget YES-Year End Sale (shopping?yeay!!). Emm, ada ramai cam ni tak ek?


Macam2 pekikan aku dengar:

"wei da tak muat la, tak yah la masuk lagi!!"

"jangan la tolak2, ada baby la lam ni"

Bila aku masuk je dalam tren tu, aku dengar ada orang jerit:

"wei dah la masuk, ada orang nak pengsan ni!!"

In this situation, what should I do? Mesti la gi tolong kan, tapi nak tolong cam mane? CPR?

Then, pak cik sorang ni suruh budak ni duduk. Sebbaik la dia datang dengan adiknya and adik dia ni agak kuat jugak lah, boleh papah dia sampai ke kerusi. Kalo aku dah tersembam kat situ.hehe....

Budak ni sesak nafas. Kesian aku tengok dia. Adik dia pun berusaha pulihkan dia and also orang sekeliling. Tapi aku?? (camne nak tolong dalam keadaan aku yang tersepit and tangan penuh ngan barang)

Apa yang aku boleh tolong??? (tak kire aku nak tolong gak)

Kebetulan adik ni nak turun kat serdang. So, aku pun tolong papahkan dia turun tren dan bawak duduk kat kerusi. Aku kipas2 dia, urut2kan dia. (ni sebab terkilan tak dapat tolong kat dalam tren tadi). Then lastly, aku bawak dia naik teksi.

Dari apa yang aku tengok, kalo orang yang bersama kita hampir pengsan or sesak nafas dalam tren, apa yang kita leh wat ialah:

1- bagi dia duduk.
2- kipaskan dia.
3- buka pin tudung dia, kalo bertudung (darurat tak pe kan?)
4- bagi dia minum air skit (lom bagi tu, baca la selawat ke) or renjis2kan air tu.
5- sapu minyak angin kat kepala n dada. Urutkan.
6- kalo dia ada ubat, bagi dia makan.

So, kesimpulannya daripada kejadian ni, apa yang perlu ada dalam beg aku pasni in case of emergency ialah:

mineral water

minyak angin cap tak kapak pun takpe


kipas yang bercorak batik (mesti corak batik ke)


ubat-ubatan (kalo sape2 yang ada penyakit)

(Yer2 je kan brg ni akan ade lam beg aku pasni. Takpe, at least ade angan2.hak2..)

Tapi barang2 yang mesti ada dalam beg aku selalunya:

(tapi barang2 ni penting gak tau ;D)

Mungkin perkara cam ni lom jadi kat kita sbelom ni. In the future, who knows......
Beringat-ingatlah sebelom terkena.

p/s: adik alia and arifah InsyaAllah lenkali kite jumpe lagi ;)

4 comments:

Ahi said...

poyo giler weyh! saket perot aku gelok pepagi bute neh! xDDD

bagos2, keep it up! ;D

Hana said...

hehe...tq...
mu je hok duk komennyer..huhu.thanx!

Ahi said...

weyh, fox island ville? WAKAKAKAKAKA!

adoh la, no hal. aku ske komen2 ni. huhu.

Hana said...

haha,,btl la tu..kg pulau musang.LOL~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails