Friday, February 19, 2010

Saya ambil dadah, saya dah tak tahan

Yer aku baru je lepas ambik dadah. Percayalah...

Asal dadah menjadi ubat. Salah guna tu yang jadi cerita lain.

Dua hari lepas demam melanda diriku. Baru pulang dari kampung, terus demam. Kalau demam kat kampung, ada ma tolong picit-picitkan.hehe...

Dah lama atceli aku tak demam. Last demam, dua tahun lepas kalau tak silap. And kalau sakit jangan harap aku nak makan ubat. Sebab tu kalau batuk boleh sampai sebulan tak baik-baik. Bagi aku makan ubat kalau sakit amat-amat je. Nanti jadi ketagih macam aku ketagih kopi.ngee~~

Tapi semalam aku berjaga sampai pagi walaupun tak sedap badan lagi. Dekat pukul 7 pagi baru start nak tido. Duk guling-guling atas katil, 2 jam tak boleh tido lagi. Lalu aku bingkas bangun pergi makan ubat dengan perut kosong. Rasa semacam je perut aku. Itulah..orang jarang makan ubat. Mkn ubat ngan perut kosong.isk isk....

Sekarang dah ok pun. Batuk-batuk je sikit. Esok nak gi main boling harap-harap bertenaga lah.huhu...

Note: Lepas ni nak gi sambung tido.. ZZzZZZzzz~~~

Wednesday, February 10, 2010

Budak C vs budak S

CS...counterstrike..yeah...sila abaikan

Aku nak cerita kisah 2 budak comel @ somel. Mereka 2 orang ni adik beradik (sepupu aku). Si kakak bila sebut perkataan yang bermula dengan huruf s akan jadi c dan si adik vice versa.

Kakak: Mok, nok cabun.
Adik: Saloh kakak sebut tu. Bukan cabun la, sabun.


*********

Sedang mereka mewarna....

Adik: Dia suruh warne somel-somel ni...
Kakak: Comel la, bukan somel.
Adik: Betul la somel, bukan comel.

Ok, kakak mengalah je ngan adik dia. Bagus-bagus. Ni la gambar dorang. Dah besar pun. Somel kan? (aku pun da terikut bahasa si adik :D )



Teringat lak kisah aku ngan kakak nombor 2 aku masa zaman kecik-kecik dulu. Beza umur kitorang setahun je. Aku masa masa kecik ganas tau. Tak caya sudah. Akak aku tu selalu je kena cakau ngan aku.hehe... Memang yang mengalahnya akak aku la. Dah besar pun asyik gaduh lagi. Tapi sekarang dia dah kahwin, aku pun dah matang (matang ke..??). So, dah lain sikit. Dah jadi lebih mesra dan cakap sopan-sopan skit. Tapi bergurau gila-gila kitorang tu still ada lagi la. Haih, rindunya.........anak dia. hihihi...

*********

Sebut pasal mengalah, kadang-kadang mengalah ni perlu. Contohnya mengalah dengan pasangan. Selalu orang kata pasangan ni tak boleh sama unsur (unsur tanah, air, api, angin.). Sebabnya kalau dua-dua orang unsur api, kalau bergaduh alamaknya takde yang mengalah la jawabnya. Dua-dua nak menang.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air – kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin – keempat, kelapan, kedua-belas

Kalau nak cerita panjang lak. See in the next entry la.hehe...

Teka-teki: Saya unsur apa? :)

Note: Lusa balik kampung. Esok kita pergi shopping dulu. yahuuu....*lompat sampai kene siling* :D

Sunday, February 7, 2010

Bayi lelaki 5 bulan mati dipercayai diliwat

PETALING JAYA 6 Feb. - Hanya mereka yang bernafsu binatang sahaja sanggup membunuh seorang bayi secara kejam.

Baru berusia lima bulan, bayi malang yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia dipercayai akibat didera dan diliwat oleh manusia berhati binatang.

Berdasarkan bedah siasat terhadap bayi lelaki itu, terdapat kesan kecederaan di badan, termasuk di bahagian dubur yang dipercayai akibat perbuatan liwat.

Bayi malang itu pada mulanya dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan selepas mendapati anak mereka dalam keadaan 'nyawa ikan' pada kira-kira pukul 9 malam, 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun selepas diperiksa, bayi itu disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Menurut laporan doktor, terdapat kesan lebam dan cedera pada tubuh bayi malang itu, termasuk kesan diliwat," katanya ketika ditemui pada majlis mesra rakyat penduduk kawasan Subang Perdana di sini hari ini.

Berikutan itu, kata Arjunaidi, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut.

Kata beliau, pasangan itu yang tidak mempunyai anak lain, ditahan sehari selepas kejadian, iaitu pada 1 Februari lalu di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh, dipercayai selepas mengkebumikan anak mereka.

Beliau berkata, pasangan itu yang bekerja di bahagian percetakan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Tempoh tahanan reman mereka sepatutnya tamat hari ini. Polis telah memohon lanjutan tempoh reman sehingga 12 Februari depan bagi membantu siasatan," jelas beliau.

Menurut Arjunaidi, polis tidak menolak kemungkinan bapa bayi itu adalah suspek utama dalam kes liwat dan penyebab kematian bayi tersebut.

Sumber: Utusan


Note: Bila manusia bertuhankan nafsu..

Friday, February 5, 2010

Demi masa, manusia dalam kerugian kecuali.....

There is a situation where; seorang perempuan ingin memilih antara dua. Ni bukan kes macam lagu farah af memilih antara cinta dan cita-cita. Kalau aku, aku pilih dua-dua. Ok ok, back to the point:

Perempuan: U rasa one day kita boleh tak pergi ke zaman lampau. Ala cam dalam citer 'back to the future' tu. Macam best je.

Lelaki 1: Eh, why not? Dunia sekarang dah canggih. Teknologi pun dah makin berkembang. U tengok la, ke bulan pun orang dah boleh pergi. Tunggu sikit lagi mesti boleh punya.

Lelaki 2: Of course la..............NO!. Allah SWT ada berfirman: Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebaikan, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

********

Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.. So, kalau kita boleh pergi ke zaman lampau, maknanya kita tidak kerugian. Kita kembali ke zaman lampau dan kita boleh ubah apa-apa yang dirasakan perlu, then go back to the future, semuanya ok. Is it make sense? Alahai, aku lemah betul bab-bab explain ni. Memang awal-awal dah kena reject jadi cikgu.hehe...
Erm, hargailah masa kita dengan melakukan sesuatu yang sepatutnya. Masa yang dah berlalu tidak dapat diulang kembali. Cewah~

Marilah kita bersama-sama menghayati lagu ni. Kena sangat dengan tajuk entry ni.


Demi Masa by Raihan

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

( korus 1 )
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

( korus 2 )
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...
( ulang korus1, korus2 )


So, anda pilih lelaki 1 atau lelaki 2? (perempuan sila jawab)
Anda golongan lelaki 1 atau lelaki 2? (lelaki sila jawab)

p/s: Betul ke apa aku tulis ni? Kalau salah tolong betulkan yer.

Thursday, February 4, 2010

Budak pandai @ malas?

Di suatu hari berlangsung nya kelas pendidikan seni, seorang cikgu memberi tugasan kepada anak muridnya supaya melukis. Tajuk lukisan adalah bebas. (bukan renang kuad bebas).

******

Selepas 15 minit, cikgu tersebut melihat hasil karya anak muridya, Awis (nama hanya rekaan semata-mata). Nak tengok macam mana lukisan dia? Cam ni haaa..........Aik? kosong je??

walaupun gambar ni kosong je,
aku nak letak gak thekencana.blogspot.com...hehe


Cikgu tu pelik lalu bertanya:

Cikgu: Mana lukisan kamu Awis. Kan tadi cikgu suruh lukis.
Awis: Ni cikgu. (sambil menghulurkan lukisannya kepada cikgu)
Cikgu: Nape kamu tak lukis pape pun ni Awis? Kosong je kertas lukisan ni.
Awis: Saya lukis anak ayam makan padi la cikgu.
Cikgu:Ooooooooo (sambil memuncungkan mulutnya). Habis tu, mana anak ayamnya?
Awis: Anak ayam dah lari la sebab dia dah kenyang.
Cikgu: Padi?
Awis: Padi dah habis kena makan dengan anak ayam tu la cikgu.
Cikgu: @#$%^&*! ???!!

Note1: Sememangnya sikap manusia suka mencari alasan!
Note2: In certain case, kadang-kadang kelentong ni bagus gak.hihi...

Monday, February 1, 2010

Berita sedih

Got this message....

"for those yg kenal norlis,please i wanna inform u'oll that she is now in GH penang...she got brain tumor,dia sgt2 kurus n tak bermaya tp still got strong spirit...sapa2 yg ade masa g la melawat dia kat GH penang,ward A2 block A tgkat 2...8th feb,on operation..sgt sedey tgk dia........give her full support k!!thanks"


Norlis tu kawan aku kat matrik (Kolej MARA Kulim) kelas J. Seorang gadis yang ceria, happy go lucky dan boleh dikatakan agak 'gila-gila'. Walaupun kat matrik kitorang tak berapa rapat, tapi bila dengar berita ni....sangat, amat terkejut dan sedih sangat-sangat. Kalau orang yang rapat dengan dia apatah lagi especially her family.

Di sini saya ingin memohon sahabat-sahabat saya berdoalah untuk kawan saya ni. Semoga Norlis dan keluarga diberikan kekuatan menepuh dugaan itu dan semoga operation itu success. InsyaAllah.....

*******

(Lampiran)
En. wiki cakap:

A brain tumor is an abnormal growth of cells within the brain, which can be cancerous or non-cancerous (benign). It is defined as any intracranial tumor created by abnormal and uncontrolled cell division, normally either in the brain itself (neurons, glial cells (astrocytes, oligodendrocytes, ependymal cells), lymphatic [ifd, blood vessels), in the cranial nerves (myelin-producing Schwann cells), in the brain envelopes (meninges), skull, pituitary and pineal gland, or spread from cancers primarily located in other organs (metastatic tumors).

Micrograph of an oligodendroglioma, a type of brain cancer


Note: Ingatlah nikmat sihat sebelum tiba waktu sakit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails