Thursday, December 31, 2009

pejam celik, sudah 3 tahun setengah kita bersama.....


Hari ini hari ketiga kuliah untuk semester kedua (tahun keempat) means that this semester will be my last semester in UPM (InsyaAllah). Cakap pasal start belajar balik ni, aku rasa nak cakap pasal kawan lak.

Bila kat universiti ni, kawan2 la jadi tempat mengadu, tempat mengada dan tempat bermanja, errkk....Maklumlah rumah kan jauh.

Orang kata nak cari kawan ketawa ni senang, tapi kawan menangis amatlah susah. Ada sorang kawan aku ni, dia menipu dia tu anak angkat kat kawan2 baek dia, untuk tahu samada kawan2 dia tu boleh menangis dengan dia atau tak (pada yag berkenaan, sori :P). Aku tak de la wat sampai camtu skali sebab aku kalau menipu macam tu tak tahan lama. Nanti tak sampai 2 minit aku da gelak dulu.hehe.... And tak sampai hati lak.

Meet my bestest buddy at UPM

Gambar kat atas ni la kawan yang selalu dengan aku kat UPM ni (Ecah, Izzati & Maznah). Sedar tak sedar dah tiga tahun setengah kita bersama. Kitorang ni memang selalu berempat. Ada classmate gelar kitorang F4 sebab jalan mana2 pun selalu berempat. Kalau kitorang jalan 3 orang je, nanti ada la yang tanya "mane sorang lagi?" Pergi kelas, makan pun berempat. Kalau makan tengahari tu, pukul 12.30 terpacak la kitorang kat bawah. Dah jadi rutin kot.

Tapi yelah, lain orang lain ragam nya. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. Tipulah kalau kata kitorang tak pernah gaduh sepanjang berkawan ni. Adat la tu kan. Asam garam kehidupan. Maybe ada certain part kita memang sekepala, but other parts we are not. Bila teringat balik time2 gaduh tu di masa akan datang, mungkin menda tu boleh buat kita tersenyum. "Tak matang nye aku time tu, mende camtu pun nak gaduh" hehe.... Kalau ada terasa atau terkasar bahasa tu mintak maaf banyak2 la ek.

Banyak suka duka yang kita dah lalui bersama kan. Dah habis belajar nanti jangan lost contact tau. Walaupun rumah jauh2. 2 orang kat Terengganu, sorang kat Perak and sorang lagi kat Johor. Kalau ada apa2 hal jangan lupa bagitau. Ermm, sape kawen dulu, mereka yang bujang blanje makan besar (kalau yang ni, aku kawen dulu la), or shud sape kawen dulu die yang kene blanje mereka yang bujang?(kalau yang ni, aku kawen kemudian la) hehehe....

Pape pun aku sayang lah korang sume. I love you all lah...

With love,
Ana ;)

Wednesday, December 30, 2009

aku tak sekuat dan sebaik ini.....


Sebelum aku cakap pape, jom layan video ni dulu.




Untuk sesape yang tak tahu, video ini adalah petikan daripada cerita Syurga Cinta lakonan Heliza AF dan Awal Ashaari.

"Apa Shu akan buat kalau tiba-tiba orang yang Shu sayang tipu Syu dan tinggalkan Shu? Shu sedih tak?

"Jika seseorang itu hadir dalam hidup saya, dan menjadi sebahagian daripada saya, tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi. Jangan terlalu sedih. Terimalah kenyatan itu sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan saya. Jadi saya redha."


AKU TAK SEKUAT DAN SEBAIK INI....


--the end--

p/s: video credit to Jerah....

Monday, December 28, 2009

Mimpi Bersiri: Kawen??


Ada mimpi best, ada mimpi tak best langsung, ada mimpi takut (mimpi hantu la), ada mimpi petunjuk, ada..macam2 jenis mimpi lagi la.

Salah satu mimpi yang best; mimpi yang bersambung-sambung. Kalo mimpi best2 then terjaga, bila sambung tidur mesti berharap dapat sambung mimpi tadi. Ke aku sorang je macam ni. Ala, ngaku jela korang pun mesti macam ni kan? ngeee~~

Jom baca cerita sinopsis Mimpi Bersiri (kawen??) ni.

Sinopsis Episod 1:
Pada suatu malam yang best untuk tidur, seorang gadis telah bermimpi dirisik oleh seseorang yang tidak diketahui identitinya. Dia menyerahkan keputusan samada mahu menerima risikan itu atau tidak di tangan ayahnya.

gambar sekadar hiasan

Sinopsis Episod 2:
Pada suatu malam yang lainnya, gadis tersebut (sila rujuk Episod 1) telah bermimpi ada orang datang meminangya oleh seseorang yang juga tidak diketahui identitinya. Adakah orang yang sama seperti di Episod 1? Persoalan ini tidak dapat dirungkaikan sehingga ke hari ini.

I just love the colour

Sinopsis Episod 3 (akan datang):
Adakah gadis tersebut akan bermimpi berkahwin pula? Dengan siapakah dia akan berkahwin di dalam mimpinya? (Yang ni belum mimpi lagi....) Dan yang paling penting, dengan siapakah dia akan berkahwin di alam realiti? Just wait and see ;) "Jodoh itu rahasia Allah, Fahri "(dialog cerita Ayat-ayat Cinta).


Kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis.hihi....
Nak kawen konon, nak kawen dengan sape ntah. Calon pun tadak :(

Nota: Mimpi adalah mainan tidur dan saya suka lagu mimpi yang mati.

Sunday, December 27, 2009

kerana sesuap nasi.....

Bukankah mereka (termasuk saya :D) sangat tabah dan berusaha kerana sesuap nasi?

Gambar first ni, aku baiki kasut masa praktikal hari tu. Aku berkeputusan untuk tunggu pak cik ni baiki kasut aku sampai siap sebab malas nak berulang-alik. Panas kot tempat aku tunggu tu. Cam mane la pak cik ni berpanas tetiap hari.

(lek2 lu sak2 kok lu.huuuu)

Manakala adik ni pula menolong ibu bapanya mencari rezeki dengan menjual jagung (sedap ohh,mau2). Dia cakap mak dia hantar dia ke situ. Adakah untuk orang rasa kasihan dan membeli jagung2 itu? Watever it is, budak ni sangat rajin dan baik sekali. Dimanakah kita semasa kita sebayanya? Yer, bermain dan bergembira dengan kawan2. Dalam usia ni, kita hanya tahu meminta duit dari mak ayah kita tapi adik ni? Dia yang mencari duit untuk keluarganya.

Pesanan seorang cikgu (kawan saya yang bersama-sama dengan saya ketika itu) kepada adik ni:

"Belajar rajin2 yer dik".

Tersengih adik tu. Ade orang ambil tahu pasal dia kan.

percayalah itu bukan saya XD

And lastly, jangan kata aku dan kawan2 ku tak berusaha untuk sesuap nasi. FYI, dah dua minggu aku stay kat kolej sebab kunun2 nya nak siapkan FYP (Final Year Project). Stay time holiday, mesti la cafe tak buka. So, terpaksa la kami 'menyelit' pagar (bukan panjat ok) kerana itu jalan yang terdekat untuk kami mencari sesuap nasi (ini kerana kami mengaplikasikan teorem pithagoras di mana ia merupakan sesaran.hee~)

Actually ada pintu pagar di situ tetapi dikunci. Mungkin ada kes sebelum ini. Pergi tanya keselamatan UPM untuk keterangan lanjut.hehe..

We won't end up like this (InsyaAllah) sebab kami hanya 'menyelit' pagar..

Err, ngeri nye

Or, like this kerana kami tiada tanduk.gagaga......

If you can hear what he (or she?) says "Help me! Help me!"

Thursday, December 24, 2009

Memancing..mancing orang ke weyh..

Ade sape2 kat sini hobi die memancing tak? angkat tangan!! Ok2, dah boleh jatuh tangan tu. Err, i mean mancing ikan.

Tersebutlah kisah...tayyib...sang kancil menghadap.....erkkk,,,salah cerita..

Begini ceritanya......Di suatu hari yang boring, seorang sahabat memesej kawannya(iaitu aku):

"Na, aku rase nok ngail la" (sape mesej aku ni haa?paham2 sndri la :p)

Terkejut aku. Ape kene kawan aku ni, tetibe je mau mengail. Tengok pada kawan aku ni, tak macam suka mengail pun. Musim2 tengkujuh camni orang tak mengail la weh (cam nak gi ngail kat laut dalam je ;D).

Aku reply:

"Nok ngail mane weyh, aku pun lame doh dok ngail. Zaman2 dulu kala penoh la. Kalo nok ngail pun, brani ke pegang cacing weh."

Then she comes with this idea. Ape?

Mengail dalam sangkar ikan ayah aku (bukan duduk dalam sangkar ok!). Hm...Ok gak tu. Sure dapat ikan kan (are you that sure??).

kalo ikan banyak cam ni lam sangkar, sure dapat kan? kan?

I started make up a story:

(Sedang asyik kitorang mengail kat sangkar, tiba2 ada orang menegur, "mane boleh mengail kat situ". Then aku reply, "sangkar ikan ayah aku, suka hati aku la." Pastu dia cakap, "tu bukan sangkar ayah ko la, aku kenal la ayah ko". Opsss..... Ape yang cuba aku nak sampaikan ialah nampak sangat aku ni tak ambil tau pun yang mana sangkar ayah aku dan perihal kerja ayah aku.*sigh*)

Mengail ke kitorang? Of course la not coz tak ade geng yang pro lam mengail ni. So, sesape yang biasa mengail tu, if you don't mind, boleh la kitorang join yer...? *muka penuh harapan*

*****

Disebabkan isu mengail ni, aku pun start search pasal ikan. Dan ikan yang menarik perhatian aku ialah ikan hantu. Or nama lainnya ikan ubi, ikan ketutu, haruan bodoh dan marble goby. Korang tahu tak kewujudan ikan ni? Kenapa dipanggil ikan hantu? Jom tengok gambar ikan ni.

ikan hantu
(hantu, mana hantu, ada hantu mana2.lalalala)


Now, you know why? Wuhuu..menakutkan jugak tengok ikan ni. Memang hodoh kan. Akan tetapi, walaupun ikan ini agak hodoh, harganya agak mahal jugak. Biasanya orang cina suka makan ikan ni. Ayah aku pun suka beli ikan ni. So, sape2 yang mengail dapat ikan ni, boleh la menjual nya kepada ayah saya. Terima kasih..

*****

Another story about fish....

Akak aku ambik Sijil Fesyen dan Pakaian. Then one day, lecturer dia suruh lukis gambar binatang pakai baju. Binatang yang dia pilih ialah....IKAN...hahahahaha :D

Aku tak berhenti gelak dengar die cerita pasal ni. Nape tak pilih binatang yang jadi watak kartun yang cun skit i.e garfield ke, tom and jerry ke, catdog..? Aku pun start imejin gambar ikan pakai baju.....

Alamak! takde suar *top mate*

Or, maybe my sis terfikirkan watak si Nancy dalam citer Spongebob kot. Hm....

Ikan...ikan...ikan..... Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Cam mane tu?

Nota: Nor, sori la wat citer pasal mu.hahaha..
(takpe2 dia bukan men tenet pun ;P)

Silap mata @ mata silap?


Suka tengok silap mata?

Masa kecik2 dulu penah gak wat silap mata kan. Masukkan duit ikut belakang tengkuk, then kluarkan ikut mulut. Pastu wat konon2 jari putus kena potong la. Bese buat kan? kan?

Bila teringatkan rumah dan family, video dan gambar la menjadi pengubat rinduku.

Ni la kerja adik2 aku kat rumah. Ada bakat tak dorang ni?hihi...Err, maksud saya bakat jadi pengarah dan pelakon, bukan ahli silap mata yer.



>> Kita tukarkan orang ni jadi cawan. Ting!

>> Tukar jadi telefon.

>> Tukar jadi orang semula. Ting!

>> Tukar jadi adik. Ting!

>> Tukar jadi gelas. Ting!

>> (nok wat semula, wat semula)


Berbalik kepada topik silap mata...

(Magic is a performing art that entertains an audience by creating illusions of seemingly impossible or supernatural feats, using purely natural means. These feats are called magic tricks, effects or illusions.)

Ni info dari wikipedia. Jika mau tahu selanjutnya tentang silap mata sila klik di sini.

So, magic is an illusions.....hmmm.. Mereka menggunakan teknik2 tertentu untuk membuatkan kita tersilap memandang. So, it's look like a magic.

Tapi sesetengah magic ada yang menggunakan jin. So, bila guna teknik ni, ia dah jadi salah dalam Islam.

(Silap mata adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan Jin kafir. Oleh itu mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak.)


So, kalo kita tengok magic2 ni, tak leh percaya sangat sebab dikhuatiri merosakkan akidah kita.

Tu jela. Dunno much about this. Kongsi2 la sapa2 yag tau pasal ni. Kalo nak kongsi tricks magic pun ok gak. Just for fun. Ku mau sambung tido. Alamak tido lepas subuh tak elok. Apakan dayaku. Ku belom tido lagi ni. Erkk,mengarut...k...

p/s: sori mengarut pepagi hari nih :D

Tuesday, December 22, 2009

Lagu Lukisan Alam






Pengsan Dalam Tren??

Semalam aku gi Mid Valley dating dengan adikku, Cah. Purpose berjumpa adalah untuk memberi serba sedikit barangan dari kampung (Fox Island Ville) dan yang pentingnya my new broadband.hehe...

Nak balik kolej, aku naik komuter. Yela, nak naik apa lagi kan. The tren keeps on delayed (betul ke BI aku nih..hihi). Tunggu punyer tunggu, tren yang sepatutnya sampai kul 5.30, kul 6 baru sampai. Kira ok la tu 1/2 jam kan (tak ok langsung k!). Sebbaik dapat gak aku masuk. Ramai amat orang dalam tren hari tu sebab tren delay, weekend, Christmas Day tak lama lagi and not to forget YES-Year End Sale (shopping?yeay!!). Emm, ada ramai cam ni tak ek?


Macam2 pekikan aku dengar:

"wei da tak muat la, tak yah la masuk lagi!!"

"jangan la tolak2, ada baby la lam ni"

Bila aku masuk je dalam tren tu, aku dengar ada orang jerit:

"wei dah la masuk, ada orang nak pengsan ni!!"

In this situation, what should I do? Mesti la gi tolong kan, tapi nak tolong cam mane? CPR?

Then, pak cik sorang ni suruh budak ni duduk. Sebbaik la dia datang dengan adiknya and adik dia ni agak kuat jugak lah, boleh papah dia sampai ke kerusi. Kalo aku dah tersembam kat situ.hehe....

Budak ni sesak nafas. Kesian aku tengok dia. Adik dia pun berusaha pulihkan dia and also orang sekeliling. Tapi aku?? (camne nak tolong dalam keadaan aku yang tersepit and tangan penuh ngan barang)

Apa yang aku boleh tolong??? (tak kire aku nak tolong gak)

Kebetulan adik ni nak turun kat serdang. So, aku pun tolong papahkan dia turun tren dan bawak duduk kat kerusi. Aku kipas2 dia, urut2kan dia. (ni sebab terkilan tak dapat tolong kat dalam tren tadi). Then lastly, aku bawak dia naik teksi.

Dari apa yang aku tengok, kalo orang yang bersama kita hampir pengsan or sesak nafas dalam tren, apa yang kita leh wat ialah:

1- bagi dia duduk.
2- kipaskan dia.
3- buka pin tudung dia, kalo bertudung (darurat tak pe kan?)
4- bagi dia minum air skit (lom bagi tu, baca la selawat ke) or renjis2kan air tu.
5- sapu minyak angin kat kepala n dada. Urutkan.
6- kalo dia ada ubat, bagi dia makan.

So, kesimpulannya daripada kejadian ni, apa yang perlu ada dalam beg aku pasni in case of emergency ialah:

mineral water

minyak angin cap tak kapak pun takpe


kipas yang bercorak batik (mesti corak batik ke)


ubat-ubatan (kalo sape2 yang ada penyakit)

(Yer2 je kan brg ni akan ade lam beg aku pasni. Takpe, at least ade angan2.hak2..)

Tapi barang2 yang mesti ada dalam beg aku selalunya:

(tapi barang2 ni penting gak tau ;D)

Mungkin perkara cam ni lom jadi kat kita sbelom ni. In the future, who knows......
Beringat-ingatlah sebelom terkena.

p/s: adik alia and arifah InsyaAllah lenkali kite jumpe lagi ;)

Sunday, December 20, 2009

Adikku Berkhatan

BERKHATAN....ape yang korang akan fikir bila dengar perkataan ni. Kalo girl maybe terfikir and wonder "ee, sakit tak ek, camne die wat ek" (atceli aku yang fikir cam ni.hehe)...and kalo laki? mesti korang teringat zaman2 kene 'potong' dulu kan.hak3..
....and boy yang lom berkhatan?? meh aku story skit pasal adikku...

Adik 2nd last aku (Dahlawi aka Abang) baru je selamat berkhatan baru2 ni. Adikku sorang ni special skit. Dia 'lambat' skit. Umor dah 11 tahun, tapi tak macam 11 taun laa....
Macam2 gelagat die die sbelom kene 'potong'. Antara dialog2 yang leh wat aku tersengih kalo teringat balik:

"tak mo sunat, biar la jadi orang cina pun.."

Then aku cakap, orang tak sunat tak leh kawen.

"abang tak mo kawen" katenyer......

*******

Pastu tibalah hari nak dijalankan upacara 'pemotongan'. Siang harinya, sibuk duk nyanyi lagu "potong, potong, potong" (ala, cam lam iklan P1Wimax tu). Tak sedar yang malam tu, die yang kene potong. Cam ni ke?? @.@


Dan di malam harinya, ayahku pun bawak la adikku ke klinik Mok Ujie (sedaraku) ditemani oleh aboh(pak cikku) n Ayoh Wei(kawan ayahku).

Jeng...Jeng...Jeng....tibalah masanye tuk die kene 'potong'. Pe lagi, menangisla dia. Masa kene 'potong' tu, 3 orang duk pegang die (ayahku, Aboh n Ayoh Wei). Then masa kene cucuk tu nangis la kejap. Tapi adikku ni berani la plak. Die tengok je ape yang doktor tu buat sampai la habis......

Selesai!! Fuhh,,,lega....ayahku pun lega. Kuar je dari bilik, sangat la riang dan gembira sekali die, siap melambaikan tangannye dan berkate:

"hello, hello, hai..." (lagak cam wakil rakyat lak.haha)

Orang kat luar bilik tu duk gelakkan die je. Yelah kan, masuk meraung, bila kuar siap boleh hye hye, bye bye lagi tu.

And....kat rumah aku tu ramai la mak2 dan ayah2 sedara aku menunggu kepulangan YB kecik ni. Haih...Abang2....

Kat bawah ni aku sertakan gambar adikku yang sorang ni. Kak Na luv u, Abang! ;)


Aku tak percaya!

Ni bukan aku tak percaya cinta lagu liyana jasmay k..

Ni aku tak percaya aku wat blog.huah2...


Kalo kawan2 yang kenal aku mesti tau aku ni jenis yang tak suke mengarang.


Kalo tak caye go look at my FS and FB..kat description about me tu aku tak tulis pape pun. Or maybe aku tak reti nak describe pasal diri sendiri kot..


Tapi tetibe lak aku rase nak wat blog.
Tapi camni jela dulu blog aku nih. Nanti rajin2, aku update bagi lawa skit. Skit la... :D

Pape pun, do support me!!heee~~~


Thank you!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails