Sunday, January 31, 2010

Tahukah anda?

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang jugadigelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda.......... walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

15. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga korang ngan siku sampai kena.......Tak normal la korang maknanya....

Note: Curik dari inbox Facebook.

Saturday, January 30, 2010

Mimpi Bersiri: Step by step

For the intro, sila rujuk entry ini Mimpi Bersiri: Kawen. Ini lak mimpi bersiri yang kedua.

Situasi:
Dahulunya A berkawan agak rapat dengan B. Akan tetapi atas sebab-sebab tertentu, mereka sudah tidak berkawan dan tidak berhubung lagi. (ni bukan tamo2 kawan cam budak kecik k)

Episod 1:
Di tempat boling, A ternampak B dari jauh setelah sekian lama tidak berjumpa. Dia mengelak untuk terserempak lalu mengambil keputusan untuk beredar dari situ.

Episod 2:
A dan B terserempak di suatu tempat. Akan tetapi A tidak mempedulikan B dan beredar.

Episod 3
:
B cuba untuk berborak-borak dengan A tetapi A sekadar mendengar dan buat-buat tak endah je.

Episod 4:
B cuba berborak-borak lagi dan sudah mula ada respon daripada A.

Episod 5:
A berjalan-jalan dan ternampak B, dan B menuju ke arahnya. A menyambut baik kedatangan B dan tersenyum dari jauh lagi. A sudah mula senang dengan B. Dan mungkin sudah memaafkannya.

~The End~

Disebabkan mereka bertemu di tempat boling, so aku sertakan gambar kat tempat boling. Semalam aku join Bowling Tournament IEEESB UPM. Main untuk suka-suka je. Tak sangka pulak dapat no. 3. Hamper tu selamat lagi. Ok ok kategori perempuan je bukan keseluruhan.


cerita merekaCerita mereka


Note: Mimpi itu mainan tidur.

Thursday, January 28, 2010

Saya tidak tidak suka awak

Saya tak suka awak, nape awak suka saya?

Saya suka awak, nape awak tak suka saya?

Saya lagi cantik dari dia, nape awak pilih dia?

Saya pun baik jugak, tapi nape awak still pilih dia?

Saya kenal awak dulu baru dia, tapi awak pilih dia.

Dia buat awak nangis, saya selalu buat awak senyum tapi awak pilih dia juga.

Awak cakap kat saya awak belum bersedia, tapi bila dia datang awak bersedia je?

Awak kata awak sayang saya. Awak cakap kat dia awak cinta dia.


Awak suka sushi tapi saya suka nasi goreng kampung. (Sila abaikan yang ni :p)


Note: Perasaan itu sangat complicated!!

Tuesday, January 26, 2010

Sekarang klik je, tidak perlu pangkah-pangkah

Hari ini adalah hari membuang undi di UPM untuk memilih MPP baru untuk semester depan untuk menegakkan hak pelajar UPM. Haih, berapa banyak untuk daa...

Sistem yang digunakan di UPM adalah e-undi. Pada pendapat korang, e-undi atau undi pangkah-kat-kertas lagi bagus? Ramai yang tidak menyokong e-undi ni. Kenapakah? Senang apa. Masukkan no matrik, kata laluan, then click je pada calon-calon yang berkenaan (yang hensem dan yang cantik.isk isk). Disebabkan tidak mengenali calon, so main click je la kan, dengan hanya melihat luaran sahaja. And one more thing, nak kira undi pun senang.

Tapi e-undi ni, ada keburukannya. Malas lak nak cerita. (malas nak cerita ke tak tahu.huk2)

Bila tiba musim mengundi macam ni la jadi. Sampah merata-rata. Eh bukan sampah tu, tapi dah jadi sampah. Biasalah....

Ini bukan depan bilik aku. Aku tak buang sampah merata-rata.ngee..


Sila teka plat no motor di atas kalau nak hadiah. (eh tak tak)


Apa perasaan korang kalau itu gambar korang dan di pijak-pijak dan di sepak terajang..erkk....

Agak-agak siapa menang? Sure la aspirasi menang kalau kat UPM ni. Tak kesah la, tahun depan aku dah tak ada kat UPM. InsyaAllah..... (ek eleh, macam ko pernah kesah lak hal2 politik ni)

Note: Ntah pape je rase entry ni...

Monday, January 25, 2010

Ciri-ciri keselamatan kenderaan; gandakan!

Apakah ciri-ciri keselamatan sebuah kenderaan yang perlu ada bagi mengelakkan kes kecurian yang boleh kita praktikkan? Haaa.....Apa kata korang semua try tambah kunci kat transport korang macam dalam gambar kat bawah ni? Amacam? Ain't it cool? hahaha...

Gambar ini diambil di uptown. Tuan van ini sangat kreatif kan. Tuan van sila jangan marah saya pamerkan gambar ini.hehe...


Atau korang boleh try kunci macam yang kat bawah ni.

Ingat basikal ka rantai macam tu.Aiyarkk~


Yang ni? Pernah guna? Senang je potong ni. Aku pernah potong. Tak caya sudah! isk isk....


Tapi................kalau kereta Mr Bean ni, aku tak kisah la ada kunci macam tu pun. Still shantek...hihi.....


Note: Test hari ni tak boleh jawab meh. Tapi nape aku cam tak kisah je?haih~

Sunday, January 24, 2010

Walaupun saya suka ponteng, tapi saya dapat award juga...

This award is given by iznie. Thanks a lot sis. Really appreciate it (tapi I nak yang betul2 la.heee). Actually, I've been tagged, tapi I ambik award je aci tak?hehe.... *study time*




Note: Esok test 1 subjek Industrial Drive. Sempat lagi berblogging. Wish me best of luck k. Tq ;)

Blog ko banyak mengarut la!

"Aku heran la, nape la blog ko ramai yang suka dan follow? Dah la cerita mengarut, tak ada ilmiah langsung!"

>>Hey, blog dia, suke hati dia la, nak mengarut ke apa ke, yang ko sebuk pesal? Ko dengki blog ko tak ramai peminat? Tak ade orang nak follow blog ko?


Aiseh, dah dah jangan nak gaduh. Jalan sana sini kat blog blogger, macam-macam yang kita boleh dapat dan macam-macam jenis blog yang kita jumpa. Dan macam-macam jenis orang juga. Ada blog mengenai ilmiah, agama, lawak, fesyen, bisnes, personal life etc etc. Even blog tu dari 'genre' yang sama i.e blog ilmiah,tapi cara masing-masing menyampaikan idea dan kupasan pun berlainan. Lain orang, lain cara. Kalau semuanya sama, boring! boring!

Aku pernah la terbaca, ada yang mengutuk blogger seperti ayat berwarna merah di atas (tapi tu ayat aku sendiri la). It just simple like we go to bookshop or library. Ada macam-macam jenis bacaan. Depends on us to choose what kind of book we want to purchase or read.

Cuba korang bayangkan, kalau semua bahan bacaan berbentuk ilmiah or semua pasal bisnes. Ohh, boring, boring! Kekadang, bila dah penat study, nak jugak rehatkan otak baca something yang boleh buat kita tergelak, happy macam baca blog zackzukhairi..heee~

Tapi kadang-kadang datang mood 'serius', then singgah pula di blog-blog islamic or isu-isu semasa. Pastu nak tengok life orang berada, fesyen dan beg cantik-cantik, aku singgah lak kat PD. Suka betul baca blog dia ni. Orang ada-ada but still kind of humble and nice2. Nak membaca pun ikut mood gak kan.

Lagi?nak baca pasal artis, jalan-jalan plak kat ohbulan, murai dan memacam lagi.

Blog aku ni?blog aku ni genre apa pulak?hehe... Blog aku ni, aku buat sebab boring stay kat kolej masa cuti semester lepas. So, takde la update hari-hari. Aku tulis apa saja yang terlintas. UNIVERSAL! ye ke?hehe....

So, kesimpulannya, pilihlah apa pun jenis blog yang kita suka untuk dibaca dan difollow. Jangan nak mengutuk blog orang je. We're free to write. Kata demokrasi. Tapi bila kata free to write boleh la kutuk-kutuk orang yer?hmm... Berpada-pada lah, kita orang Melayu penuh adat sopan. Tak gitu?

Note: Entri yang takde gambar.

Saturday, January 23, 2010

tersangat lah nice.....

Ohh.... I really like this song plus its lyric...

Aicha by Outlandish

All ya radios out there
This song goes out to yo
Yeah, Aicha, all my sisters y'all.

So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
No, nobody knows how she feels (Uh,oh)
Aicha, Lady one day it'll be real
(lets do it)

She moves, she moves like a breeze
I swear I can't get her out of my dreams
So have her shining right here by my side
(Shining like a star)
I'd sacrifice all them tears in my eyes

ooh, hohohoho,
Aicha, Aicha - passing me by (there she go again)
Aicha, Aicha - my my my (is it really real?)
Aicha, Aicha - smile for me now (I don't know, I don't know)
Aicha, Aicha - in my life (yeah)


She holds her child to her heart
Makes her feel like she's blessed from above
Falls asleep underneath her sweet tears
Lullaby fades away with his fears

Aicha, Aicha - passing me by (there she go again)
Aicha, Aicha - my my my (I like this, here we go)

She needs somebody to lean on, lean on (lean on)
Someone body, mind & soul (body, mind & soul)
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true (true)
Throw the pain away for good
No more contemplating boo
(No more contemplating boo)
No, more, con-tem-pla-ting boo, oo, oo...


Lord knows the way she feels (One day)
Everyday in his name she begins
So have her shining here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha - écoutez-moi

(Lets do this)

Aicha, Aicha - passing me by (she did it again)
Aicha, Aicha - my my my (cause I even know)
Aicha, Aicha (what am I to do, what am I to do?)
Aicha, Aicha - in my life (yeah)
Lean on, nonono
There she go again
Aicha, Aicha, passing me by, yeah, hold on.
Aicha, Aicha, she don't know she's the light in my life, no she don't, Aicha, no she don't.

Southland mortal babe, doing it again,
Aicha, you're my lady, you got it!!

Note: aku rasa nak highlight sume lirik nih.huuu......

Friday, January 22, 2010

Tart telur unta??

Semalam adalah hari makan aku.. Aku makan pagi= donat+ karipap + tepung pelita (trg pgl ni), petang = mee sup, malam = bihun goreng + nasi goreng kampung. Lepas beli nasi goreng, singgah The Baker's Cottage beli tart telur + tart telur macau + japanese cookies.


Aritu beli japanese cookies ni saje nak try, sedap lak. So, semalam pergi beli lagi. Tat telur? aku suka ohhhhh~~~
Antara dua tart telur kat atas ni, aku lagi suka macau tart telur. Craving for more.
Tapi takde la tat telur unta.hehe....Kalau guna 1 biji telur unta tu, boleh dapat tart besar mana yer..eeeiiiiiiiii....

Resepi Tart Telur

Bahan-bahan:


bahan kulit
500 gm tepung gamdum
1½ cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
½ s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning


Cara:

Cara membuat pastry.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil (petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.

cara membuat kastard
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.

Cadangan Hidangan:

Dihidang untuk minuman petang.

Note: resepi tu tak pernah try, curik dari mesra.net.

update: tart telur burung unta atceli instead of unta.cam mane aku ley xpasan.sejak bler lak unta bertelur nih,,hahahaha..my bad...

Friday, January 15, 2010

Kubur masing-masing!!

Entri ni pasal tazkirah sikit. Yer, aku tidak layak untuk menulis pasal ini. Tapi ini untuk peringatan untuk semua dan aku jugak.huhu...

Di sini aku nak kongsi apa yang aku dengar dari ceramah Ustaz Azhar Idrus. Kenal tak ustaz ni? Beliau adalah penceramah dari Terengganu. Beliau sangat femes bukan sahaja di Terengganu malah juga di negeri lain. Ceramah beliau boleh dikatakan agak sempoi2 + kelakar dimana ia menarik orang muda untuk mendengarnya.

Ustaz Azhar Idrus (nembok mende tu ustaz?hehe)

Ceritanya pasal pesan memesan sesama manusia. Situasi ini selalu berlaku bila ada yang menegur kita berbuat sesuatu keburukan. Ada sesetengah akan menjawab:

" Suka hati aku la. Jangan kacau hal orang boleh tak? Kubur masing-masing!!"

YER!! kubur masing-masing. Akan tetapi, tidak sedarkah kita apabila kita meninggal dunia kelak, mereka-mereka itulah yang akan menguruskan kita.

Petikan dari Ustaz Azhar: (ayat bukan sebijik camni la. Aku pun da lupe.hehe)

"Sedak kate kubur masing-masing. Mase mati bukan mu masuk sendiri dalam kubur. Hok tegor mu tu la hok uruh mu kekgi bila mati. Kalu masuk sendiri dakpe la nok kate gitu pon. Ke guane? Kalu orang tegor jangan la jawab gitu. Kurang-kurang, dok payoh jawab nape-nape. Berat nanang (ayat peberet ustaz nih.hihi).."


Owh sungguh tidak layak rasanya berbicara tentang ini. Ini pun kira pesan memesan juga la kan? Aku pun selalu jugak kena ceramah dengan ayahku. Biasanye, bila aku tengah kena 'basuh', aku akan senyap je. Semacam tidak ada respons, menunduk je. Kata yer pun tidak, tidak pun tidak. Macam tak layan je apa yang ingin disampaikan. Tapi ketahuilah wahai ayahku, aku dengar dan simpan apa yang dicakapkan itu. Tapi simpan, peram lama2. Kalau peram ikan bilis takpe la jugak, jadi budu. Sedap untuk di makan. (uwaa...nak balik..nak balik!!). dah! dah!!...Ini dengar je, tapi tak amalkan. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Jahatnya aku ni (-_-").

Dan marilah kita pesan memesan antara kita. (pesan beli makanan boleh tak?Eh ko ni kalo tak cakap pasal makan tak boleh ke haa?huhu)

Nota: Aku insan yang lemah....

Tuesday, January 12, 2010

We should spend some time with them

Taman Sinar Harapan

Entri lepas aku ada sebut pasal Taman Sinar Harapan (TSH). A bit description about this place:

(For children with disabilities aged 7-14 years. Provides shelter, living skills training, therapy and rehabilitation. Other services include, Snoezelen, Hydrotherapy, Computer training, Counselling, Reflexology, Music and Social activities.)

Aku pernah la jadi volunteer di TSH masa cuti semester bersama kawan2 dan adikku. At first, aku ingatkan TSH is rumah orang tua tapi sebenarnya untuk kanak-kanak. (Uwaa...macam mana ni?? Awal2 dah set mind rumah orang tua). Mula2 memang sangat kekok sebab don't know how to handle them, tapi lama2 ok la sikit.Antara aktiviti yang kami buat ialah; ajar kelas melukis, kelas terapi (ye ke ek), kelas jahitan, tolong masa makan, dan bermain2 dengan mereka.

Come meet some of them (ni antara mereka yang rapat dengan aku, ramai lagi atceli)

Fatin: Hiperaktif sikit. Terer nyanyi ni. Mengaji pun terer. Dulu sekolah agama. Tak tahu macam mana boleh end up di TSH. (Ni pekerja kat situ yang cakap)
Edayu: Sakit sawan gila b***
Normah: Kakak dia kerja. So, tiada siapa dapat jaga dia. Kalau duduk rumah nanti akan merayap merata-rata.
Naim: Nelang ni. (maksudnya cam samseng la.huhu). Kalau tengok macam ok je.
Kak Long: Paling tua di situ.
Mok Su: Down Sindrome. Comel dia ni.
Shuhada: Anak yang dijumpai tidak tahu siapa ibu dan bapa.

Antara perbualan aku dengan mereka:

(Dialog versi terengganu lah)

Aku: Rumoh Naim mane?
Naim: Kelantan
Aku: Mok ayoh biase mari lawat dok?
Naim: Biase
Aku: Shuhada? Rumoh mane?
Shuhada: Kite mane ade rumoh. Kite anok buang kang.
Aku: Eh, dok baik kate gitu.
Shuhada: Betul la Kak Farah. Kalu dok caye tanya Abang *tak ingat nama dia*. Dia la jumpe kite.

Terkelu lidahku.uhuuu....Macam mana dia tahu kisah dia. FYI Syuhada la yang paling rapat dengan aku. Pernah sekali dia tak bagi aku balik sampai nangis2. Aku pun tumpang menangis sekali la :"-(

Kadang2 kitorang pergi bawak gula2, belon ke. Then one of them said:

Normah: Kalu akak mari kite suke doh. Dok bawok makanan pun dakpe.

Sebenarnya mereka ni mahu perhatian dan kasih sayang je dari kita. Datang melawat pun jadilah. Tapi yang penting mestilah ikhlas. Haa, jangan tak tau, anak Idris Jusoh pun ada sekali dengan kami jadi volunteer. Katanya mak dia yang suruh.hmm...(weh tak baik la cakap pasal orang.ooppsss)

Rindu plak kat diorang ni. Dah lama sangat tidak menjenguh ke sana. Last time aku pergi, dah ada pekerja baru yang muda. Dulu, hanya mak cik je yang bekerja di sana.

I've include some of their pictures:

Makan Time


Kelas Menjahit


Hari JOC-V @ Japanese Organisation Charity -Volunteer (betul ke nih)
Nama melayu yang main gitar tu Iskandar *wink2*


Hari Sukan


Memori Kita Bersama

Nota: (Eh ingt mengarang karangan sekolah ke.huhu)

Monday, January 11, 2010

Adakah ia satu sindiket?

Pergi mana2 kat KL ni, mesti akan terserempak dengan peminta sedekah atau minta derma. Ada macam2 jenis.....

>>ada yang cacat anggota

>>orang buta (Ada yang siap pimpin lagi orang buta ni, mintak sedekah dari meja ke meja kat kedai makan. Tapi yang peliknya, yang tukang bawa tu, sihat je. Kalau yang jual tisu tu, kira ok la at least diorang berniaga kan)

>>budak-budak (Yang ni, kadang2 pergi dari meja ke meja. Bawak surat bagai la)

>>mak cik yang riba/dukung baby (ok, kalau yang ni aku pun kesian tengok baby tu)

>>minta derma untuk bina masjid, untuk OKU la...

...dan macam2 lagi la.

Kadang2 aku tengok, mereka ni sihat walafiat. Selagi ada kudrat apa salahnya, berusaha sikit untuk mencari rezeki (ko cakap senang la weh). Kalau mereka yang pernah pergi ke pasar payang K.Trg, korang mesti pernah jumpa akak yang cacat tangan dan kaki berniaga. Sekarang aku tak sure ada lagi ke tidak. Aku pernah beli barang dari akak ni. Even nak masukkan barang2 yang dibeli dalam plastik pun, dia buat sendiri. Tak mintak tolong tau.

Kalau korang bagi ke duit kat dorang ni? Kalau aku? mesti la tak bagi..huhu.....Tapi aku dah terkena sekali. Suatu hari di mines, ada orang datang mintak derma untuk rumah kanak2 kurang upaya. Aku lemah sikit kalau pasal ni sebab aku pernah jadi volunteer kat Taman Sinar Harapan (rumah kebajikan untuk kanak2 kurang upaya, down sindrome). So, I know how they live.

Dia cakap kalau nak derma, bagi RM10 dan akan diberi 1 sticker. Then aku hulur la RM5. Aku cakap "Takpe la, xyah bagi sticker tu". Dia balas "Tak boleh macam tu. Kena bagi sepuluh ringgit and I bagi you sticker. You kongsi2 la dengan kawan you, 5 ringgit sorang"..Cesss.....nak paksa2 pulak. Kalau betul untuk derma, apa salahnya aku bagi 5 ringgit. Yer, aku bagi dan kawan aku tambah lagi RM5. Dah rezeki dia la tu. Hope dia betul2 gunakan duit untuk yang sepatutnya.

sticker yang aku dapat yang dah buruk

Ada yang cakap, semua tu sindiket. Kalau betul, kenapa isu ini tidak diutarakan oleh pihak berkuasa? (ke pernah diwar-warkan tapi aku yang tak tahu?heee~~)

Apa2 pun, semoga mereka dapat menjalani hidup yang lebih baik kelak. Dan kalau betul ia adalah sindiket, harap2 dapat dibanteras.

Monday, January 4, 2010

Tomorrow is Another Day (bukan kuih ok!)

Dulu2 aku ada tengok satu cerita omputih ni bertajuk Annie, cerita ala-ala musical movie. Ada satu part Annie tu nyanyi lagu Tomorrow. Then adik aku tanya apa maksud TOMORROW. Aku dengan jahatnya menjawab, "Tomorrow tu kuih la. Esok pergi pasar cakap kat mak cik jual kuih, nak beli kuih 'tomorrow' ". (common answer, kalau orang tak tahu meaning satu2 perkataan ni, mesti cakap benda itu ialah kuih kan)

Kalau la dia betul2 pergi pasar and beli kuih 'tomorrow'........


Sampai bila2 pun dia takkan dapat beli kuih 'TOMORROW' tu.......
Sebab mak cik tu cakap "datang esok", then dia datang esok, mak cik tu akan cakap "datang esok" lagi...dan esok...dan esok.....

Yer2 je mak cik tu akan jawab macam tu.hakhak....

Aku rasa nak letak lirik lagu ni skali la. Macam best jugak ;)

Annie - Tomorrow

The sun'll come out

Tomorrow
Bet your bottom dollar
That tomorrow
There'll be sun!

Just thinkin' about
Tomorrow
Clears away the cobwebs,
And the sorrow
'Til there's none!

When I'm stuck in a day
That's gray,
And lonely,
I just stick out my chin
And Grin,
And Say,
Oh

The sun'll come out
Tomorrow
So ya gotta hang on
'Til tomorrow
Come what may

Tomorrow!

Tomorrow!
I love ya
Tomorrow!

You're always
A day
A way!

Tomorrow!
Tomorrow!
I love ya
Tomorrow!

You're always
A day
A way!

Nota: Tetiba terflashback balik kisah ni dengan adik aku petang tadi.

Friday, January 1, 2010

sesuka hati kau je publish nama aku! arrghhh.....

Post ni aku buat setelah di TAG oleh fiffy yang otw nak matang. :P
Ko tak baca siap kau!haha.. Sapa suruh ko pepandai tag aku haa? Ko ingat aku rajin sangat ke nak buat. Tapi untuk tidak menghampakan harapan kawan aku ni, aku jawab jela eh.hakhak... PP jgn marah ey.... (Padahal tak de topik nak buat posting baru..hihi)

Soalan2 nya........(Macam kena soal siasat plak) :

1. Adakah anda rasa HOT?

>>Tak hot pun sebab aku bukan hot temper and takde orang wat aku marah pun. Orang keliling aku baik2 sume, macam aku.ngeee~~
>>Bilik aku pun sejuk je, kipas bagus punya (ko mai duk UPM la pp).
>>Saya suka minum minuman yang HOT!

2. Upload gambar yang anda suka



3. Cerita tentang gambar
Gambat masa bercuti di PD dengan coursemates. Dalam banyak2 gambar kat PD, nape aku pilih gambar ni? Sebab dalam gambar tu ada cam ada supernatural yang sebenarnya 'natural', haha.. Miss that memories. Bila kita nak pergi bercuti reramai lagi?? Hm..semua da sibuk dengan FYP masing2 kan.

4. Selain nama sendiri apa nama panggilan orang guna untuk panggil kau
>>Familyku dan kawan2 kat rumah panggil Na.
>>Kawan2 sekolah rendah panggil Farhana.
>>Kawan2 sekolah menengah panggil Ana.
>>Kawan2 kat UPM panggil Ana, Hana(sorang dua je nih).
>>Kawan2 kat chatroom panggil Epy, Hana, Hanana dan Han.
>>Cikgu tempat aku ambil lesen kereta dan Cg. Mazian kat matrik dulu panggil Nurul.
>>Nickname yang aku baru je buat, Kencana.
>>And....nickname yang family aku je yang panggil....tettttt......tak ley cakap.

5. Tag 6 orang lagi.
Chempaka
Cik Kodah
Jerah
Naqiah
Kopiah aku, bukan kopiah kau!
Cry

6. Siapakah gerangan number 1 kepada anda?
>>Kawan rapat yang amatlah rapat. Soulmate?hm...

7. Katakan sesuatu pada number 5
>>Salam kenal wahai kopiah. Adakah anda juga ex-shams?

8. Number 3 ada hubungan dengan anda?
>>Hubungan sesama Islam :D
>>Kenal kat dalam chatroom userpalane. Jerah sengalsssss~~

9. Bagaimana dengan number 4?
>>Kawan masa kat SHAMS.
>>F4 sama kelas, dia jadi penolong ketua kelas.
>>F5 kelas tak sama dah.

10. Pesanan kepada orang number 6?
>>Hi cry...Dun cry cry aa...

11. Kelebihan number 2?
>>Dia ada bf, aku tadak..haha
>>Adah: Eh, lawo la mu pakai celok. Pakai jenis nape gop?hihi


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails